Jumlah Pengunjung

Friday, 1 November 2013

6 PEMIMPIN BANGSAT DAP CABAR KESABARAN ANGGOTA POLIS !!!



Enam wakil rakyat DAP negeri ini ditahan selepas enggan keluar dari sebuah dewan lama di Kampung Hakka, Mantin dekat sini meskipun diminta oleh polis untuk berbuat demikian.

Tindakan mereka itu menyukarkan pihak pemaju menjalankan kerja meroboh beberapa buah rumah setinggan dan dewan di kampung berkenaan pagi ini.

Enam wakil rakyat DAP itu bersama beberapa aktivis propembangkang duduk di dalam dewan berkenaan walaupun kerja-kerja merobohkan itu sepatutnya dimulakan sejak 9 pagi dan tertangguh hampir tiga jam.
Wakil rakyat DAP yang ditahan terdiri daripada Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke; Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong; Ahli Dewan Undangan (ADUN) Nilai, J. Arulkumar; ADUN Senawang, P. Gunasekaran (Senawang); ADUN Bahau, Chew Seh Yong (Bahau) dan ADUN Temiang, Ng Chin Tsai.

Kesemua mereka bersama beberapa individu lain duduk di dalam dewan lama di kampung berkenaan dan tidak menghiraukan arahan polis supaya meninggalkan kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supritendan Mohd. Yusof Awang berkata, polis yang berada di lokasi kejadian cuba berunding dengan aktivis dan wakil rakyat berkenaan agar bersurai tetapi mereka enggan.
"Kita tidak mempunyai pilihan selain menahan mereka termasuk wakil rakyat pembangkang selain 13 individu lain kerana tidak mengendahkan arahan pihak berkuasa.

"Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk diambil keterangan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sebelum ini, sebanyak 80 keluarga di kampung itu telah diarahkan keluar oleh Mahkamah Tinggi Seremban selepas tanah berkenaan dibeli oleh sebuah syarikat pemaju.

Majoriti penduduk di kampung berkenaan telah keluar dari kawasan itu selepas menerima pampasan daripada pihak pemaju yang ingin membangunkan kawasan itu menjadi sebuah pusat komersial.








No comments:

Post a comment

Member BSK