Jumlah Pengunjung

Tuesday, 19 November 2013

PAS TIPU MELAYU PASAL HUDUD, DAP YANG UNTUK BESAR SEKARANG NI !!!



Harapan rakyat Kelantan untuk melihat pelaksanaan hukum hudud atau Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan meskipun telah dijanjikan sejak tahun 1990 nampaknya terpaksa ditangguhkan lagi selepas Kerajaan Pas Kelantan mengakui masih belum bersedia melaksanakannya.
 
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, ini berikutan persediaan untuk melaksanakan hukum hudud setakat ini hanya terhad kepada soal infrastruktur semata-mata sebaliknya dalam soal perundangan, masih banyak perlu dilakukan.

Beliau turut mengakui Jawatankuasa Teknikal Hudud yang dibentuk pada Oktober 2011 belum pernah mengadakan sebarang mesyuarat kecuali beberapa pertemuan biasa di antara ahlinya sebanyak empat kali.



"Saya kena jelaskan kenyataan Ketua Hakim Syarie Kelantan (Datuk Daud Muhammad) itu bahawa bersedia itu daripada segi infrastruktur maknanya bangunan sudah ada cuma apa yang perlu ditambah adalah jumlah hakim dan kita perlu mewujudkan satu mahkamah khas untuk melaksanakan hudud.



"Sebab itu kita ada bajet RM1 juta untuk infrastruktur, cuma kena bagi masa sikitlah kepada kita, benda ini tidak boleh buat dengan tergesa-gesa, kita nak tengok daripada segi perundangan dan sebagainya, kita tidak mahu kita buat ini bertembung dengan banyak halangan, kita cuba melakukannya sebaik yang boleh," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.



Mohd. Amar berkata demikian ketika mengulas penjelasan Daud seperti dilaporkan Utusan Malaysia Khamis lalu bahawa Mahkamah Syariah Kelantan sudah bersedia melaksanakan enakmen itu yang dibentuk pada tahun 1993 bila-bila masa sekiranya Kerajaan Pas Kelantan mahu menguatkuasakannya.

Mengenai jawatankuasa itu, Mohd. Amar berkata mesyuarat hanya dijangka berjalan antara bulan Disember ini atau Januari tahun depan melibatkan pakar-pakar dalam perundangan Islam dan ahli akademik.





No comments:

Post a comment

Member BSK