KUANTAN - Polis Pahang percaya kematian Ketua Bahagian Penguatkuasaan
Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Allahyarham Mohd Raffli Abdul Malik
yang ditembak semalam bermotifkan dendam.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifudin Ab Ghani berkata, polis percaya
tiga suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan tersebut mungkin
berdendam atau tidak berpuas hati dengan Allahyarham dengan
penguatkuasaan yang dijalankan.
"Bagaimanapun, polis sedang menyisasat dari pelbagai sudut sama ada
ancaman di atas penguatkuasaan yang dijalankan arwah terhadap kes
berisiko tinggi atau ada ancaman peribadi," katanya kepada pemberita
selepas upacara pengebumian jenazah Allahyarham di Tanah Perkuburan
Islam di Jalan Bukit Ubi di sini hari ini.
Katanya, selain itu polis turut memberi kawalan keselamatan terhadap
waris mangsa bagi memastikan mereka bebas daripada sebarang ancaman
daripada pihak yang mungkin berdendam dengan mangsa.
"Pihak keluarga diminta bertenang dan banyakkan bersabar dengan dugaan
ini, polis tidak akan sesekali memberi ruang kepada mereka yang terlibat
dan kita akan buru suspek hingga ke lubang cacing," katanya.
Dalam pada itu, beliau mencadangkan agar kediaman penjawat awam yang
bertugas sebagai penguatkuasa ditempatkan dalam sebuah kawasan bagi
menjamin keselamatan mereka ekoran tugas mereka sangat berisiko dan
terdedah terhadap pelbagai ancaman.
"Kerja sebagai penguatkuasa ini berdepan dengan bahaya, kadang-kadang
kita tidak tahu ada musuh dalam selimut jadi untuk keselamatan mereka
terjamin elok di tempatkan sebuah kuarters yang mempunyai kawalan
keselamatan yang baik," katanya.
Beliau juga dalam pada itu menasihatkan orang awam agar tidak membuat
sebarang spekulasi terhadap kes tersebut atau menuding jari kepada
mana-mana pihak.
"Hasil siasatan awal semalam mendapati suspek bukan berjubah tetapi
memakai pakaian berwarna putih dan berbaju serta berseluar hitam selain
memakai kopiah.
"Kita tidak boleh membuat sebarang andaian atau menyiasat menjurus
melalui pakaian sahaja, siasatan mendalam dan terperinci sangat
diperlukan.
Oleh itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta segera memaklumkan kepada pihak polis," katanya.
Sementara itu, bapa Allahyarham, Abdul Malik Awang Yen, 79, ketika ditemui berkata Allahyarham yang merupakan anak keempat daripada lapan beradik sangat baik dan berbudi bahasa orangnya.
Oleh itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta segera memaklumkan kepada pihak polis," katanya.
Sementara itu, bapa Allahyarham, Abdul Malik Awang Yen, 79, ketika ditemui berkata Allahyarham yang merupakan anak keempat daripada lapan beradik sangat baik dan berbudi bahasa orangnya.
"Saya sungguh terkejut apabila mendapat panggilan telefon daripada cucu
saya (anak arwah) lebih-lebih lagi bila diberitahu arwah ditembak. Saya
sungguh sedih namun reda dengan ketentuan ilahi," katanya dan
menurutnya kali terakhir dia berjumpa arwah pada Jumaat lepas di Indera
Mahkota.
Mohd Raffli, 49, maut selepas ditembak tiga das oleh seorang daripada
tiga suspek yang datang berjumpanya tengah hari semalam di kediamannya
di Indera Mahkota 2 di sini.
Suspek kemudian melarikan diri menaiki kereta jenis Proton Wira Aeroback warna putih. - Bernama
Jenazah Raflie Abdul Malik dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan
(HTAA) untuk bedah siasat selepas ditembak dari jarak dekat di hadapan
rumahnya di Taman Indera Mahkota Dua, Pahan.
No comments:
Post a Comment