Jumlah Pengunjung

Wednesday 13 November 2013

SULTAN KELANTAN DI HINA !!! PAS KELANTAN BUAT TAK TAHU JER...



Empat laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat, dekat sini hari ini ke atas seorang pemuda yang didakwa menghina Sultan Kelantan, Sultan Muhammad IV menerusi entri di laman sosial Facebook miliknya semalam.
 
Laporan polis tersebut dibuat oleh Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Tumpat serta dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) Tumpat serta Majlis Belia Jajahan (MBJ) Tumpat di IPD berkenaan pukul 10 hingga 11 pagi ini.

Selesai membuat laporan polis, 60 ahli yang terdiri daripada Pergerakan Pemuda, Puteri, MTRK Tumpat dan MBJ Tumpat kemudian berhimpun secara aman di hadapan IPD bagi mengecam dan membantah tindakan pemuda berkenaan di samping meluahkan kesetiaan kepada Sultan Muhammad.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Tumpat, Rusidi Mahmud Kamarudin berkata, pihaknya terkilan dan terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh pemilik akaun Facebook berkenaan.

Menurutnya, sebagai rakyat negeri ini, kenyataan yang ditulis menerusi entri Facebook milik pemuda berkenaan disifatkan sebagai biadab dan menderhaka kepada Sultan.

"Tujuan laporan polis ini dibuat adalah untuk membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut kepada pemilik akaun Facebook Listen Basikal Tua dan mengambil tindakan sewajarnya diatas kesalahan yang telah dilakukan ini.

"Terus terang, saya nyatakan sebagai anak muda di negeri ini kami malu dengan kenyataan yang dilemparkan oleh pemuda berkenaan yang secara terang-terangan menghina Sultan yang merupakan Ketua Negeri ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.



No comments:

Post a Comment

Member BSK