Jumlah Pengunjung

Tuesday, 12 November 2013

ULAMA DALAM PAS BAKAL DI LETAKKAN SETARAF DENGAN BABI !!!



Isu berhubung usaha pihak tertentu untuk menghapuskan Majlis Syura Ulama Pas memperlihatkan wujud keretakan dalam parti itu.

Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Ramli Nuh berkata, walaupun hanya penafian keluar daripada pemimpin Pas, beliau percaya, isu yang bertiup itu sudah tentu mempunyai asasnya.


Menurutnya, keadaan itu mungkin timbul kerana ada dua golongan besar dalam Pas ketika ini yang menyokong bukan ulama seperti Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden Pas manakala satu golongan lain sebaliknya.


“Sudah tentu pihak yang menyokong Mohamad Sabu terasa apabila orang membicarakan mengenai timbalan presiden itu bukan daripada ulama sedangkan satu pihak lagi mahu kembali kepada keadaan asal sebelum ini iaitu presiden dan timbalan presiden, kedua-duanya adalah daripada golongan ulama,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.


Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan dalam facebook berkaitan usaha licik pihak tertentu untuk menghapuskan Majlis Syura Ulama Pas seperti yang didakwa dilaporkan oleh AJK Kerja Pas Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud bahawa lebih baik majlis tersebut dibubarkan sekiranya jawatankuasa Pas Pusat tidak mengikuti garis panduan dikeluarkan Majlis Syura Ulama.


Facebook itu turut mendakwa, AJK Pas Pusat tidak mengikut keputusan ditetapkan majlis, sebaliknya hanya mengambil langkah menutup mata.


Muhammad Ramli berkata dakwaan tersebut juga merupakan satu sindiran tajam kepada golongan ulama supaya jawatan timbalan presiden tidak tertakluk kepada ulama semata-mata.



No comments:

Post a comment

Member BSK