Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, Barisan Nasional (BN) tidak akan
melakukan kerja-kerja bodoh yang boleh membangkitkan kemarahan dan
kebencian mana-mana pihak dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan
Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.
Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, BN tidak terlibat
sama sekali dalam perbuatan menggantung patung yang dipotong kakinya dan
ditulis ''kaki Ustaz Azizan' di kawasan Titi Batu dan Bukit Besar di
sini.
''Mereka yang melakukan perbuatan tersebut berfikir kalau buat
begitu, orang akan marah BN atau sesiapa pun. BN sudah pun membuat
laporan polis semalam kerana kita tidak buat kerja-kerja bodoh sebegitu.
Kita tidak akan melakukan provokasi yang bertujuan mencetuskan
kebencian kerana itu bukan cara kita." katanya dalam sidang akhbar
selepas mendengar taklimat tertutup bersama jentera BN di Bilik Gerakan
BN, di sini, hari ini.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen
Jerai yang membuat laporan berhubung kejadian itu menyifatkan ia sebagai
satu provokasi melampau.
No comments:
Post a Comment