Jumlah Pengunjung

Monday 25 November 2013

MAKIN JELAS PEMIMPIN DAP PU*I M#K KAN KAKITANGAN KERAJAAN !!!


Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang sedang melawat Pasar Awam Jelutong di sini hari ini 'diserang' seorang kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang tidak berpuas hati dengan perkataan 'kucing kurap' yang digunakan wakil rakyat DAP itu bagi merujuk penjawat awam di negeri ini.
 
Mohd. Rofi Osman, 58, dengan lantang mendesak Jeff menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf secara terbuka kepada semua kakitangan MPPP.
Bagaimanapun, Jeff seolah-olah tidak mengendahkan tuntutan Mohd. Rofi yang ditemani isterinya, Aminah Abdullah dan cuba mengelak daripada bersemuka dengan mereka.

Beberapa pembantunya cuba menghalang kedua-dua mereka daripada menghampiri ketika Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri itu mengadakan sidang akhbar berhubung penjaja haram di kawasan berkenaan.

Berikutan 'serangan' tersebut, Jeff terpaksa menamatkan segera sidang akhbar berkenaan lalu beredar dari situ.


JEFF Ooi (kanan, berkaca mata) enggan menemui kakitangan MPPP, Mohd. Rofi Osman (kiri, mengangkat tangan) yang meminta Ahli Parlimen Jelutong itu menarik balik perkataan 'kucing kurap' tang digunakannya merujuk kakitangan awam di Pulau Pinang, ketika beliau melawat Pasar Awam Jelutong di sini hari ini.





No comments:

Post a Comment

Member BSK