Heilongjiang:
Satu keluarga di sini bergaduh besar gara-gara seorang isteri yang
bertindak curang terhadap suaminya mengadakan temu janji dengan lelaki
yang hanya dikenalinya menerusi Internet.
Pergaduhan
antara keluarga itu berlaku di bandar di timur laut China ini kerana
kekasih gelap wanita berkenaan ialah bapa mentuanya sendiri.
Selepas
beberapa bulan menjalinkan hubungan dengan lelaki itu yang tidak
disedarinya adalah bapa suaminya, Lili, 28 dan Wang Pai, 57, mengatur
pertemuan di sebuah hotel.
Masing-masing tidak mengenali satu sama lain di alam maya kerana kedua-duanya menggunakan nama samaran.
Tanpa disedari,
suami wanita itu yang juga anak lelaki berkenaan, Wang Jai yang
mengesyaki kecurangan isterinya mengekori Lili ke hotel berkenaan.
Di situ, Wang
Jai melihat isterinya memasuki sebuah kamar hotel dan menukar jubah
mandi ungu sebelum menekan loceng kamar sebelah.
Apabila melihat yang bapanya sendiri membuka pintu Wang Jai hilang akal dan menyerang isteri dan juga bapanya.
Kakitangan hotel terpaksa menelefon polis bagi menghentikan pergaduhan antara anak dengan bapa itu.
Menurut Wang Pai, dia menjalinkan hubungan dengan wanita itu tanpa menyedari dia menantunya. Dia menggunakan gambarnya ketika muda
sementara wanita itu mengguna gambar rakannya. “Kami bersetuju untuk
menjalinkan hubungan asmara. Tetapi apabila membuka pintu, saya terkejut
dan dia juga terperanjat. Dia berpusing dan lari ke tangga, terus
kepada anak saya yang mengintip kami. “Suaminya menjerit seperti hilang
akal dan menyerang saya.
Sementara itu,
polis menahan Wang Jai selepas dia menumbuk isterinya hingga dua gigi
Lili patah dan menyebabkan kecederaan kepada bapanya.
No comments:
Post a Comment