Jumlah Pengunjung

Saturday, 2 November 2013

BANGSA INDIA PKR DI TIPU HIDUP-HIDUP !!! KESIAN...



Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, terus dipalit dengan kemelut krisis dalaman selepas Ketuanya, M. Ravi dituduh mensabotaj calon parti sendiri dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Menurut Ravi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Port Dickson, tuduhan itu dikemukakan sendiri ahli PKR kawasan itu kepada PKR Pusat supaya beliau dikenakan tindakan.

"Saya amat terkejut dan kecewa selepas rakan parti sendiri sanggup berbuat demikian dan saya telah menerima surat tunjuk sebab daripada PKR Pusat berhubung dakwaan itu September lalu.

"Seminggu selepas menerima surat itu, saya telah dipanggil Lembaga Disiplin PKR bagi menjawab tuduhan tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Ravi, beliau menafikan terlibat dalam usaha mensabotaj calon PKR itu malah turut membantu kempen calon tersebut sepanjang pilihan raya umum lalu yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada PKR.

Katanya, meskipun Lembaga Disiplin PKR berpuas hati dengan penjelasannya, namun beliau amat terkilan dan kecewa kerana tuduhan itu menjejaskan imejnya yang telah berjuang selama 15 tahun bersama PKR.
"Sehingga hari ini, saya tidak tahu apa motif sebenar wakil rakyat berkenaan membuat dakwaan dan tuduhan sebegitu," katanya.

Dalam pada itu, menurut Ravi, selain beliau lima Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Telok Kemang turut menerima surat pertuduhan tersebut dan disoal siasat Lembaga Disiplin PKR.








No comments:

Post a comment

Member BSK