Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO bersifat terbuka berhubung
kesediaan Pas untuk bermuzakarah dengan parti itu mengenai hal ehwal
pentadbiran Islam di negara ini.
"Kita terbuka tetapi kita nak tengok apa skopnya dan kita nak minta
penjelasan lanjut daripada pihak Pas," kata Perdana Menteri yang juga
Presiden UMNO kepada pemberita selepas menyampaikan watikah pelantikan
kepada 29 anggota Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) di sini hari
ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden
Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam yang melahirkan kesediaan
bermuzakarah dengan Umno dalam usaha untuk melaksana pentadbiran
berasaskan ajaran Islam di negara ini.
Sementara itu, Najib berkata, ia adalah keputusan kerajaan negeri
apabila Johor memutuskan cuti hujung minggu di negeri itu akan ditukar
kepada hari Jumaat dan Sabtu mulai 1 Januari depan.
"Ia adalah keputusan kerajaan negeri. Jadi mengikut Perlembagaan,
kita perlu hormati apabila kerajaan negeri telah membuat keputusan,"
katanya.
Najib berkata, sektor swasta tidak akan terjejas kerana ia hanya melibatkan perkhidmatan kerajaan negeri.
Beliau berkata, kerajaan mewujudkan Pusat Transformasi Bandar (UTC)
yang menempatkan jabatan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri di
Johor Baharu.
"UTC akan dibuka tujuh hari seminggu dan orang ramai boleh memanfaatkannya," katanya.
Sabtu lepas, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan
cuti hujung minggu di negeri itu ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu
berkuat kuasa 1 Januari.
Baginda bertitah hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan
keberkatan hari itu hendaklah diambil peluang oleh umat Islam untuk
memperbanyakkan amalan yang dituntut dan disunatkan. - BERNAMA
ReplyDeleteO Allah, open the doors liver companion Umno ni, let him be able to accept the reality and open the heart to criticize the government 47 persennya ...