Jumlah Pengunjung

Tuesday 26 November 2013

BILA ANWAR DAH TERDESAK, OPAH UMUR 80 TAHUN PON ANWAR SANGGUP LIWAT ???



Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat umpama terdesak dan cuba menyalahkan pihak lain berhubung dakwaannya sebelum ini yang mengatakan seramai 40,000 warga Bangladesh diimport untuk mengundi bagi menyokong BN pada PRU13 lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Anwar cuba mengalihkan pandangan kepada pihak lain selepas masyarakat telah menyedari perkara tersebut adalah satu pembohongan yang telah direka oleh pembangkang.


Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah mendapat serta memuat turun segala rakaman, bahan ucapan dan pelbagai maklumat yang diperoleh daripada media siber serta elektronik berhubung perkara tersebut.


“Janganlah apabila terdesak di dinding beliau (Anwar) menyalahkan perkara itu dibangkitkan oleh pihak lain. Sebaliknya, itu yang diulang di setiap negeri ketika jelajah selepas PRU13 malah sewaktu kempen juga mereka mengatakan benda yang sama,” katanya.


Beliau berkata, perkara itu turut memalukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana berita tersebut telah mendapat liputan di peringkat antarabangsa.


“Saya berharap masyarakat dapat menilai siapa yang bercakap benar dan berbohong dalam memanipulasikan serta menipu rakyat dalam hal berkenaan,” katanya.


Penafian Anwar dibuat selepas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina menidakkan pembabitan warga Bangladesh dalam proses demokrasi di Malaysia dan menolak dakwaan kononnya 40,000 rakyat negara itu mengundi dalam pilihan raya umum lalu.



No comments:

Post a Comment

Member BSK