Jumlah Pengunjung

Friday 1 November 2013

APA PON JADI HALAL ASALKAN PAS DAPAT MENANG DI SUNGAI LIMAU !!! INILAH PAS SEBENARNYA...



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan pembangkang yang ketandusan idea kini beralih kepada usaha untuk melaga-lagakan pemimpin UMNO Bahagian Jerai bagi mengganggu kelancaran jentera Barisan Nasional (BN) yang semakin diterima pengundi.

Jamil Khir yang juga Ketua UMNO Bahagian Jerai berkata, perbuatan berkenaan menunjukkan tindakan terdesak pembangkang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau setelah beberapa isu yang ditimbulkan mereka untuk melemahkan BN gagal.

"Bagi saya dakwaan itu tidak berasas kerana ketika pemilihan UMNO lalu, kedua-dua calon yang bertanding untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian tidak berkempen dan di situlah keunikkannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Jamil Khir, ketika pemilihan berlangsung, beliau berada di Arab Saudi kerana menguruskan urusan jemaah haji Malaysia dan hanya pulang pada malam 19 Oktober iaitu sehari sebelum pemilihan.

"Seorang lagi calon iaitu Datuk Mohd. Suhaimi Abdullah juga tidak berkempen kerana sibuk menguruskan urusan jentera parti bagi menghadapi PRK Sungai Limau," katanya.

Jamil Khir berkata, melihat kepada kesibukan masing-masing, tidak mungkin timbul isu pergaduhan membabitkan mereka berdua.

"Kesimpulannya, tidak ada perkara seperti yang didakwa pembangkang. Semuanya baik-baik sahaja," katanya.
Sementara itu, Mohd. Suhaimi berkata, Pas bukan sahaja mendakwa beliau bermasam muka dengan Jamil Khir tetapi juga calon Barisan Nasional (BN), Dr. Ahmad Sohaimi Lazim.

Mohd. Suhaimi berkata, isu tersebut sengaja dicetuskan oleh Pas kerana parti itu kini bimbang apabila melihat peralihan sokongan pengundi di kawasan itu kepada calon BN.

"Selepas mereka tidak berjaya melaga-lagakan saya dengan Jamil Khir, mereka kata pula saya bermasam muka dan tak sokong Dr. Ahmad Sohaimi. Saya sokong beliau, saya yang atur jadual beliau di sini, tiap hari saya jumpa beliau macam mana kami nak bermasam muka.

"Ini satu publisiti murahan yang sengaja dicetuskan oleh Pas yang kini mula tergugat setelah melihat ramai pengundi memberikan sokongan mereka kepada Ahmad Sohaimi," katanya.

Mohd. Suhaimi berkata, beliau tidak mahu lagi mendengar namanya dikaitkan dengan isu pertelagahan sesama ahli parti kerana itu merugikan BN dan tidak mempunyai faedah.







No comments:

Post a Comment

Member BSK