Jumlah Pengunjung

Monday, 4 November 2013

PANAS DI SUNGAI LIMAU... KERETA CALON BARISAN NASIONAL DI TENDANG, WANITA UMNO PULA DI TUMBUK !!!



Hari pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau hari ini dicemari beberapa insiden kekasaran dan perang mulut antara penyokong parti-parti politik bertanding. 
 
Tidak terkecuali, calon Barisan Nasional (BN), Dr. Ahmad Sohaimi Lazim turut menerima tempias kekasaran itu apabila kereta yang dinaikinya ditendang sekumpulan penyokong dipercayai daripada pihak lawan. 

Ahmad Sohaimi ketika ditemui pemberita di rumahnya melahirkan rasa kesal dengan tindakan kumpulan yang mencemarkan politik damai sepanjang tempoh berkempen, namun yakin ia bukan dilakukan penduduk tempatan.

"Saya kenal orang di sini, ini tidak mencerminkan perbuatan mereka. Ini saya yakin perbuatan mereka yang datang dari luar," katanya. 

Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi tadi di kawasan pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Sungai Dedap, sekumpulan penyokong dipercayai daripada PAS menendang kereta yang dinaikinya lebih 10 kali. 

Ahmad Sohaimi bagaimanapun menganggap ia hanyalah sebahagian warna-warni politik dan tidak bercadang membuat laporan polis.

"Ini satu daripada perkara yang saya perlu belajar dalam perjalanan politik.
Masyarakat juga perlu perbaiki akhlak mereka. Tidak eloklah perbuatan begini," katanya. 



Dalam kejadian lain, di Sekolah Kebangsaan Dulang, berlaku sedikit kekecohan apabila penunggang motosikal dari Unit Amal Pas terjatuh di tepi jalan dalam cubaan mengelak sebuah motosikal lain yang dipercayai ditunggang penyokong parti lawan. Namun kekecohan berjaya dikawal anggota polis bertugas.

Di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Limau berlaku perang mulut dipercayai antara penyokong BN dan Pas, tetapi tiada insiden serius dilaporkan.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Batu Norsidah Abu Bakar pula didakwa ditumbuk penyokong Pas ketika merayu undi di hadapan Sekolah Kebangsaan Ulu Sedaka di sini hari ini.

Satu laporan polis berhubung kejadian itu telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan.





No comments:

Post a comment

Member BSK