Ramai sedia maklum sebelum ini hishamuddin telah di serang teruk oleh ramai orang di media massa kerana di katakan sebagai seorang pemimpin UMNO yang sangat lembik. Saja aku fikirkan sendirian mengapa hishamuddin telah di serang teruk hingga sebegini rupa.
Bila aku kaji semula aku dapati sebenarnya hishamuddin adalah seorang pemimpin UMNO yang sangat di takuti oleh pembangkang. Biasalah bila musuh mula menggeruni seseorang pemimpin mulalah pemimpin tersebut di serang sebegitu teruk.
Sayang sekali tidak ramai yang membela hishamuddin sbelum ini, apa sebabnya aku tidak pasti, mungkin kerana ramai yang tidak tahu apa jasa besar hishamuddin sebelum ini yang sangat di takuti oleh pihak musuhnya.
Dari maklumat yang aku dapat sebenarnya hishamuddin sebenarnya ada menyimpan rahsia besar seseorang pemimpin dengan Anwar Ibrahim. Mungkin kerana takutnya mereka pada rahsia tersebut maka mereka telah arahkan beberapa blogger untuk menyerang hishamuddin hingga membuatkan rakyat malaysia percaya kononnya hishamuddin ini seorang yang lembik.
Punca bermulanya hishamuddin di katakan sebagai seorang pemimpin yang lembik apabila beliau mula memegang jawatan Menteri penuh di Kementerian Dalam Negeri suatu ketika sebelum ini. Disebabkan hishamuddin kerap memberi amaran dan tidak mengambil terus sesuatu tindakan bila terjadi sesuatu kejadian dan peristiwa telah menyebabkan beliau adalah seorang Menteri yang amat lembik.
Ibarat menarik rambut dalam tepung, bagi aku inilah sebenarnya tindakan yang hishamuddin selalu lakukan demi memastikan keselamatan seluruh rakyat malaysia sentiasa terjamin. Alhamdulillah negara Malaysia masih aman dan makmur hingga sekarang.
Bukan senang bagi seseorang pemimpin untuk menjalankan tugas sebagai seorang Menteri Dalam Negeri kerana ia melibatkan pelbagai cabaran, tambahan pula sewaktu hishamuddin memegang jawatan Menteri KDN beliau terpaksa menghadapi pelbagai masalah besar terutamanya dari pihak pembangkang yang semakin biadap dan kasar untuk menghadapi pilihanraya ke 13.
Cuba kita lihat sewaktu Hishamuddin memegang jawatan Menteri Belia Dan Sukan suatu ketika dahulu. Setiap program yang beliau lakukan dan beliau hadiri memang akan mendapat sambutan yang amat menggalakkan tidak kira dimana sekali pun tempatnya. Ini menunjukkan bahawasanya beliau memang di sukai oleh rakyat malaysia tidak kira dari bangsa mana sekali pun. Program-program yang biasanya beliau lakukan memang akan mendapat banyak manfaat untuk golongan muda mahu pun golongan tua. Kita lihat pula waktu itu prestasi sukan negara mencapai tahap yang membanggakan, jika tidak masakan seorang pemimpin bijak pandai seperti Tun Mahathir boleh memilih dan meletakkan hishamuddin sebagai Menteri Belia Dan Sukan pada waktu itu.
Selepas hishamuddin memegang jawatan Menteri Belia Dan Sukan pula beliau mula di lantik menjadi Menteri Pelajaran. Aku nampak di sebabkan jasa dan hasil kerja kuatnya ramai kakitangan Awam mula mendapat kenaikan gaji yang tinggi dan pelbagai lagi manfaat yang di nikmati oleh kakitangan awam hingga sekarang, sesuai dengan wawasan 2020 yang mahukan rakyat malaysia berpendapatan tinggi untuk masa hadapan.
Kemesraan hishamuddin bercampul gaul tidak kira sesiapa sahaja memang telah membuatkan ramai orang suka pada dirinya. Aku sendiri pernah di sapa oleh beliau pada suatu ketika dahulu dan beliau yang dahulu bertanya khabar sihat diri aku. Bila mengenangkan betapa baik budi pekertinya memang membuatkan aku musykil dan terfikir mengapa beliau di serang teruk hingga sebegini.
Kalau nak di ceritakan tentang jasa hishamuddin memang berlambak sangat la.. Mungkin aku akan keluarkan lagi cerita tentang jasa hishamuddin ini untuk masa akan datang. Bukan apa, bila aku fikirkan semula jika UMNO kehilangan pemimpin sebegini amat rugilah jadinya. Jasa dan kesetiaannya pada Parti Keramat Melayu ini tidak ada tandingnya.
Semoga hishamuddin akan terus berjuang demi melaksanakan wawasan 2020 untuk rakyat negara malaysia.
Salam Bro,
ReplyDeletetolong linkkan blog aku. Selamat berjuang. Terima kasih.
http://salatusalatin.blogspot.com/