Empat pemuda Rusia dari kalangan keluarga berada yang baru dua minggu
mendaftarkan diri di sebuah kolej swasta yang eksklusif di sini akan
berhadapan dengan hukuman penjara apabila mahkamah mendapati mereka
bersalah atas dakwaan merogol dan melakukan hubungan seks tanpa kerelaan ke atas seorang pelajar Malaysia yang belajar di kolej yang sama.
Perbuatan mereka itu turut dirakamkan oleh salah seorang daripada empat tertuduh melalui telefon canggih iPhone. Mereka merogol pelajar
Malaysia itu yang dipercayai mabuk akibat dibubuh sesuatu di dalam
minumannya selama lebih dua jam setengah di kawasan kolej berkenaan
selepas satu majlis berpesta.
Kolej swasta itu mengenakan yuran tahunan sehingga £30,000 (RM 146,000) ke atas para pelajarnya. Menurut akhbar The Daily Mail, pelajar-pelajar
Rusia itu yang berumur antara 19 hingga 23 tahun, turut memberi
komentar yang menjijikkan dan tanpa belas kasihan ke atas mangsa mereka
termasuk merakamkan perbuatan mereka menerusi iPhone.
Keempat-empat mereka, Oleg Ivanov, 23, Norayr Davtyan, 22, Armen
Simonyan, 19, dan Gregory Melnikov, 23, menafikan dakwaan merogol tetapi
para juri di Mahkamah Crown Woolwich sebulat suara mendapati mereka
bersalah kerana melakukan hubungan seks.
Pelajar perempuan dari Malaysia itu yang merupakan rakan sekolej
dengan keempat-empat tertuduh turut menghadiri majlis pesta yang
diadakan atas anjuran salah seorang daripada tertuduh.
Ketika para juri menyatakan keputusan
mereka, keempat-empat tertuduh berdiri tanpa menunjukkan sebarang
perasaan pun tetapi di galeri awam kelihatan beberapa orang ahli
keluarga menangis.
Davtyan didapati bersalah atas dua tuduhan merogol, Melnikov atas
kesalahan merogol dan percubaan untuk merogol, manakala Ivanov dan
Simonyan kedua-duanya didapati bersalah atas satu kesalahan merogol.
Mereka kini ditahan reman sehingga hukuman dijatuhkan oleh mahkamah.
No comments:
Post a Comment