Semakin lama, puak-puak kakitangan awam yang menyokong Pakatan tidak lagi menyembunyikan belang mereka. Keyakinan mereka bahawa kerajaan akan berubah dan mereka akan dinaikkan pangkat dan mendapat kedudukan yang tinggi kerana menyokong Pakatan secara membuta-tuli sekalipun mereka bergelar pendidik, cikgu atau guru.
Bukan sedikit guru yang menyokong Pakatan Rakyat.
Sebenarnya tidak salah untuk mana-mana kakitangan awam termasuklah guru untuk memilih parti politik yang mereka yakini akan dapat mengubah cara hidup dan status mereka. Tetapi apabila yang menjadi penyokong Pakatan Rakyat, kerapkali terlupa tentang tugas serta tanggungjawab mereka, sebaliknya lebih gemar berpolitik dan sentiasa mencari salah majikan yang menanggung mereka.
Apabila ditanya kepada mereka, jawapan mereka mudah... duit yang mereka terima setiap bulan, adalah DUIT RAKYAT, bukan DUIT UMNO atau DUIT BARISAN NASIONAL!
Barangkali betullah mengikut perkiraan mereka. Namun, apabila seorang guru yang mewakili ramai lagi guru yang berfikiran serupa, menghentam, menghina, mencaci dan mencerca kematian anggota-anggota keselamatan yang bertugas mengawal perbatasan negara, bahkan menggadaikan nyawa mereka semata-mata untuk memastikan rakyat Malaysia yang lain, termasuklah guru-guru bermulut celupar itu terus menikmati hidup yang lebih aman dan damai, barangkali ada sesuatu yang tidak kena dengan guru-guru HARAMJADAH seperti ini.
Walaupun jumlah mereka bukanlah mewakili institusi perguruan, namun sikap yang ditunjukkan mencerminkan betapa KERAJAAN sebenarnya TIDAK CUKUP MENDIDIK guru-guru berkenaan untuk berkelakuan lebih baik dan selayaknya selaku seorang guru.
Barangkali juga kerana SUDAH TERLALU KERAP DIMANJAKAN, maka wujudlah guru-guru tidak mengenang budi dan tidak sedar diri. Barangkali mereka fikir, mereka lebih baik berbanding anggota-anggota keselamatan yang telah terkorban kerana mempertahankan negara itu, lantas melayakkan mereka untuk mengeluarkan kata keji dan nista terhadap pengorbanan yang dilakukan.
Justeru, Kementerian Pelajaran seharusnya bertindak tegas terhadap guru-guru seperti ini. Mereka tidak layak langsung untuk menjadi guru. Walaupun CUKUP SUKAR UNTUK KERAJAAN MEMECAT guru-guru sebegini, tetapi sudah sampai masanya untuk Kerajaan bertindak tegas.
Tidak perlu gusar kerana guru-guru ini sebenarnya tidak akan pernah menyokong Kerajaan pun. Mereka tidak akan memangkah parti kerajaan kerana pada fikiran mereka, kehebatan mereka amat terserlah kerana mereka seringkali dirayu, dipujuk, dibelai dan disuap dengan pelbagai imbuhan yang jauh mengatasi imbuhan yang diberikan kepada anggota-anggota keselamatan seperti warga polis dan tentera.
Tidak perlulah dipindahkan guru-guru ini ke tempat-tempat ceruk kerana di mana-mana sahaja mereka pergi, mereka ibarat bangkai berulat. Ditutup dan dibedak dilangir pun, bau kohongnya pasti menyusahkan hidung semua hidupan!!!
Yang sahnya, melihat kepada gaya penulisan dan tahap pemikirannya, guru ini hanya bernasib baik kerana dia SEORANG MELAYU yang diberikan tempat khusus dalam polisi Kerajaan sedia ada! Kalau tidak... besar kemungkinan dia hanyalah seorang nelayan yang bekerja di atas bot nelayan milik APEK!!!
(SUMBER)
No comments:
Post a Comment