Jumlah Pengunjung

Thursday 28 March 2013

SEKS BEBAS DALAM DEWAN PEJABAT KEADILAN ???




Menghapuskan semua undang-undang yang menyekat kebebasan media dan mewujudkan suasana media yang berat sebelah, termasuk Akta Percetakan dan Penerbitan, prosuder perlesenan media dan lain-lain.  - Petikan Manifesto PRU-13 Pakatan (HARAM) Pembangkang
Sebenarnya Pakatan haram pembangkang ini memang konsisten dengan dasar mereka selama ini. Jadi, kalau ada sesiapa yang tanya kenapa tiada Hudud dan Negara Islam dalam Manifesto mereka untuk PRU-13, maka jawapannya mudah, buat apa menjanjikan sesuatu yang sejak dari awal lagi mereka tidak mahu buat? Yalah, jika benar PAS mahu melaksanakan Hudud dan Negara Islam, pastinya Kelantan semenjak merdeka lagi sudah ada undang-undang Hudud. Begitu juga Terengganu 1999-2001 dan Kedah kini.
Begitu jugalah halnya dengan PKR. Janji hendak beri pendidikan percuma. Kenapa UNISEL dan KUIN itu sendiri tidak PERCUMA sepenuhnya? Yalah, nanti siapa pula yang hendak bayarkan gaji, elaun dan bonus ahli lembaga kedua-dua IPT tersebut yang kini didominasi oleh pemimpin parti mereka sendiri.
Sebab itulah, janji untuk media yang bebas dan adil ini pun boleh kita gelakkan sahaja. Yalah, cuba kira berapa kali DAP keluarkan GAG ORDER kepada kepimpinan dan ahli mereka jika isu-isu yang menekan parti timbul? Itu tidak cerita lagi tentang pengharaman perkataan RAINBOW di Pulau Mutiara. Malah, nama PENANG itu sendiri pun hendak dimilik-partikan oleh parti chauvinis cina tersebut.
Jadi, nasihat kami kepada rakyat Malaysia yang bakal turun mengundi pada PRU kali ini, janganlah memperbodohkan diri dengan mengundi mereka lagi kali ini. Cukuplah kena sembelih selama LIMA tahun. Kembalikanlah kegemilangan Selangor, Kedah dan Kelantan seperti satu ketika dahulu. Serta selamatkanlah Pulau Pinang agar ianya sentiasa menjadi milik kita semua rakyat Malaysia, dan bukan untuk satu kaum minoriti sahaja.
Sebagai pembakar semangat untuk mengundi PRU-13 ini, apa kata kita layan dulu video epik ini bagi menggambarkan kebebasan media yang bakal dinikmati oleh rakyat Malaysia sekiranya gerombolan Pakatan Haram memerintah:




(SUMBER)

No comments:

Post a Comment

Member BSK