Jumlah Pengunjung

Friday 29 March 2013

HADI AWANG DAH BERGADUH DENGAN ANWAR PULAK !!!




Hari ini, Dr Sidek Baba akhirnya mendedahkan, "masalah keruntuhan moral, sokongan kepada pluralisme agama serta kredibiliti", antara tiga punca utama beliau bertindak meninggalkan Anwar.

Katanya, sebelum meninggalkan Anwar beliau menyiasat serta menemu bual 28 individu yang sangat rapat dengan Anwar dan kemudian membuat solat sunat istikharah bagi memohon petunjuk.

“Anwar ketika kami bersama-sama dalam ABIM dulu sentiasa mengingatkan saya bahawa seseorang pemimpin bukan sahaja kena bersih tetapi mesti kelihatan bersih dan saya pegang erat amanat itu sampai sekarang.

“Namun, dalam siasatan selama tiga tahun sebelum meninggalkan beliau, saya dapati terlalu banyak persoalan moral yang melingkari Anwar. Saya pegang kata-kata saya ini kerana kesemua 28 saksi itu masih hidup,” katanya.

......sedutan dari blog Anwaraidc

Kata orang kalau nak tanya kebaikan seseorang tanya pada orang yang rapat dengan dia. Kalau nak korek keburukan tanya kepada musuh dia.

Untuk mencari kebenaran, pepatah macam ni tak betul. Pepatah macam ni hanya sesuai "untuk main politik". Menaikkan kawan dan menjatuhkan lawan.

Kalau untuk "mencari kebenaran", kawan yang rapat pada seseorang boleh dijadikan rujukan dan sumber utama untuk mengetahui baik dan buruk atau kelebihan dan kekurangan seseorang.

Sudah berpuluh-puluh personaliti-personaliti yang mempunyai "rekod dan kredibiliti" yang diakui dalam bidang masing-masing sudah "lari meninggalkan Anwar".

Dari alim ulamak, ahli akademik, peguam tersohor hinggalah aktivis sosial yang sangat rapat dengan Anwar sejak mula bergiat dalam ABIM, seorang demi seorang sudah "alah" dan tidak sanggup lagi untuk terus bersama Anwar.

Tiada lagi peguam sohor "muslim" yang sanggup mempertahankan Anwar dalam pelbagai kes dan isu moral yang dihadapi oleh Anwar.

Jika dilihat di sekeliling Anwar, majoriti penyokong dan pendokong Anwar yang ada hari ini "adalah orang baru". Barisan Peguam yang bersama dengan Anwar hari ini tidak pernah kenal Anwar sebelum Anwar dipecat pada tahun 1998. Mereka tidak kenal Anwar luar dan dalam. Hanya kenal pada nama dan imej yang dibina secara luaran. 

Hanya tinggal beberapa kerat saja seperti Dr.Mohd Nor Manuty, ustad Badrul Kelamin dan beberapa nama lagi yang masih bersama Anwar. 

Pendokong taksub Anwar hari ini rata-rata semuanya orang baru yang  "terjaga" selepas kegemparan peristiwa pemecatan 1998.

Hari ini, pemimpin-pemimpin dan ulamak PAS juga sudah semakin "pening kepala" dengan pelbagai isu yang jelas mendatangkan mudarat kepada agama dan negara yang semakin berani dilakukan oleh Anwar.

Akhirnya semua mereka ini sudah tidak dapat lagi berfungsi memenuhi tuntutan perjuangan sebenar mereka yang sepatutnya dibawa oleh PAS. Masing-masing seolah-olah "sudah tidak ada kerja lain", selain dari tugasan baru, iaitu "mempertahankan batang tubuh Anwar" dan "membendung serta memperbaiki" kerosakan demi kerosakan yang dibawa oleh Anwar.

Ditelan mati anak. Diluah mati bapak. Itulah gambaran yang sedang dialami oleh sebahagian besar ulamak PAS yang ada hari ini.

Demi mempertahankan Anwar, tafsiran agama terpaksa di olah agar bersesuaian dengan agenda mempertahankan Anwar. Tafsiran agama sudah menjadi barang permainan. Maksud sesuatu hukum dan tafsir agama yang keluar dari mulut para ulamsk PAS ini semakin menimbulkan kekeliruan dan fitnah besar dalam agama. Semua ini  gara-gara untuk mempertahankan "batang" dan "tubuh" Anwar.

Masyarakat umum semakin keliru dan berpecah-belah.

Persoalannya sampai bila ulamak PAS ini mahu "bersilap-mata" dengan Allah swt demi Anwar? 

Sampai tahap mana PAS mahu mempertahankan setiap "kelakuan" yang terbit dari "batang" tubuh Anwar yang sudah terbonggeng-bonggeng demi memenuhi tuntutan politik "siyasi shubhah" yang menjahanamkan ini?

Jika benar antara "hak" dan "batil" tidak boleh bercampur di dalam satu kandang, dan jika benar ada dikalangan ulamak PAS yang ikhlas berjuang kerana Allah, sudah pasti lambat laun akan berlaku juga pemisahan di antara hak dan batil. 

Jika ulamak PAS ini terus bersubahat dan bersekongkol dengan manusia ini, itu memberi petanda bahawa semua dikalangan mereka tergolong sebagai pejuang kebatilan dan pendusta kepada agama.


No comments:

Post a Comment

Member BSK