Jumlah Pengunjung

Monday 25 March 2013

TERGAMAK PEMIMPIN MENIPU MENJADI WALI !!! #rempuh243 #jomsokongbn





Para pengikut PAS memang sembrono dan cukup kreatif untuk menipu. Kaedah mereka adalah untuk membesar-besarkan diri dan menunjukkan yang para pemimpin PAS terutama golongan tuanya telah dianggap sebagai wali dan aulia.

Bila dah ada title wali dan aulia, maka diharap sangat-sangatlah, golongan yang menyembah wali dan aulia, yang mengagung-agungkan golongan berkenaan, yang sanggup bermalam dan bersolat di kuburan mereka, yang lebih sanggup melawat kubur dan berFatihah untuk roh mereka berbanding ibu bapa dan kaum keluarga sendiri, yang kasihkan mereka dengan cara amat keterlaluan, serta yang beranggapan, para aulia dan wali merupakan pangkat dan jawatan yang sangat mulia, akan memandang para pemimpin PAS dengan pandangan yang sama.

Nama-nama seperti Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi Awang, Allahyarham Fadzhil Nor, Allahyarham Yusuf Rawa dan Harun Din Al-Hafiz telah dijadikan momokan agar PAS dimartabatkan lebih tinggi daripada mana-mana pemimpin UMNO dan Melayu-Islam yang lain.


Poster yang mengandungi wajah-wajah aulia, dan wali-wali sememangnya sudah lama wujud di kalangan orang Melayu, terutama sekali golongan yang CUKUP BERTAWASSUL dan bersyarikat dengan wali-wali serta aulia-aulia berkenaan.

Bagaimanapun, dua tiga tahun kebelakangan ini, beberapa wajah aulia dan wali di dalam poster asal telah digantikan dengan wajah-wajah para imam PAS. Ianya tidaklah terlalu ketara tetapi sudah ada puak-puak PAS yang mengusung serta membangga-banggakan poster yang telah diedit itu sambil menyatakan, mana ada pemimpin UMNO yang sehebat pemimpin PAS yang telah diangkat dan dimartabatkan sebagai wali dan aulia.

Punyalah kemaruk, punyalah haprak...


(SUMBER)

No comments:

Post a Comment

Member BSK