Jumlah Pengunjung

Sunday 31 March 2013

LATHEEFA KOYA STIM TENGOK LELAKI NEGRO ??? Perh...




Ancaman pendatang asing di Malaysia semakin menjadi-jadi. Kebanyakan pendatang asing di Malaysia cukup besar kepala dan berasakan mereka adalah maharaja manakala rakyat tempatan pula perlu sentiasa tunduk dan akur kepada mereka.

Sikap bongkak dan besar diri imigran-imigran yang datang menumpang mencari rezeki di negara ini, dibela dan dibesar-besarkan serta diagung-agungkan pula oleh Pakatan Rakyat. Bahkan Ketua Umum PKR dan konco-konconya telah menjemput dan membayar upah imigran-imigran atau lebih tepat lagi, lanun-lanun Sulu di Sabah untuk mencetuskan peperangan dengan pasukan keselamatan Malaysia bagi membolehkan mereka menang pilihanraya umum yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Paling menarik ialah apabila Majlis Peguam Malaysia yang merupakan badan yang memayungi peguam-peguam di Malaysia, dengan senang hati ingin menghantar peguam-peguam terbaik mereka untuk membela lanun-lanun Sulu yang ditangkap hidup-hidup dan dibicarakan di mahkamah kerana memerangi negara ini.


Punyalah baik hati memandangkan Majlis Peguam Malaysia sangat cenderung kepada PKR dan DAP.

Semalam, 50 warga Nigeria merusuh di hadapan Balai Polis Jinjang dan menuntut agar polis bertanggungjawab terhadap kematian seorang rakan mereka yang bernama Solomon Okolo akibat dipukul oleh penduduk kampung.

Difahamkan, Solomon dan seorang rakannya yang memandu kereta Proton Satria telah melanggar seorang penunggang motosikal warga tempatan sampai mati di Kampung Batu Muda sebelum itu. Insiden tersebut telah dilihat oleh orang kampung. Berlaku pertengkaran dengan Solomon Okolo bersikap kurang ajar dan mencabar penduduk yang bersemuka dengannya mengakibatkan pergaduhan tercetus.

Solomon dan rakannya bagaimanapun, berjaya diselamatkan oleh anggota polis yang datang tidak lama kemudian. Ketika membuat laporan, Okolo terjatuh dan pemeriksaan mendapati, dia telah meninggal dunia.

Pastinya kes ini amat menarik untuk Latheefa Koya dan gerombolannya, terutama sekali N.Surendran dan Sivarasa Rasiah yang sentiasa mencari jalan menyalahkan pihak polis apabila berlaku kematian. Mungkinkah Latheefa Koya dan N.Surendran akan mengetuai perarakan warga Nigeria yang bersepah-sepah di negara ini dan merupakan pendatang yang paling banyak melakukan jenayah terutama sekali penipuan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selain menghantar memorandum kepada Kedutaan Nigeria agar memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia?

Atau adakah Irene Fernandez dan Ambiga Sreevanasan akan memujuk Majlis Peguam untuk menyaman Kerajaan Malaysia kerana kematian pendatang tersebut?

Atau Jabatan Imigresen akan membuat kenyataan terbaru yang menyatakan bahawa Solomon Okolo dan isterinya yang pengsan di hadapan balai polis Jinjang sebagai pendatang yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah? Atau pegawai dari Jabatan Imigresen akan menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai cukup kakitangan untuk menjalankan tugas penguatkuasaan selain menerangkan bahawa Malaysia mengamalkan dasar terbuka dan tidak akan menghalau pendatang-pendatang yang datang ke negara ini biarpun mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan, sepertimana yang kerap ditunjukkan selama ini?

Kalau ianya membabitkan pendatang tanpa izin di Malaysia, segala-galanya berkemungkinan....


No comments:

Post a Comment

Member BSK