Jumlah Pengunjung

Wednesday, 27 March 2013

NYAWA YUKTES VIJAY DI HUJUNG JARI ANWAR !!!




Bekas pembantu kepada peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay telah menulis kesinambungan awal (prequel) kepada surat terbuka keduanya mengenai ketua pembangkang dalam isu sodomi.

Ini susulan surat pertama Yuktes yang telah didedahkan pada 11 Mac lalu.
Prequel kepada surat kedua Yuktes itu didedahkan melalui portal, freemalaysiatoday.com.

Dalam prequel itu, Yuktes mendakwa bahawa Anwar menjadikan bapa Saiful Bukhari, Azlan Md. Lazim sebagai 'jurucakap'.
"(Anwar) bercakap apa yang dikehendakinya menerusi Azlan," katanya dalam prequel surat itu.

Malah, Yuktes turut mendakwa beliau mengetahui individu yang diberi tugas untuk menyiapkan kenyataan media Azlan dalam sidang akhbar baru-baru ini di mana dia mendakwa kes liwat terhadap Anwar adalah satu fitnah dan konspirasi.

"Siapa yang menyediakan kenyataan media untuk Azlan membacanya di dalam sidang akhbar? Dan saya tahu siapa yang menulisnya, Datuk Seri," tegas Yuktes menujukan kata-kata itu kepada Anwar.

Selain itu, beliau turut membangkitkan fakta bahawa Azlan baharu sahaja menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedangkan dia didakwa kononnya telah menjadi penyokong PKR sejak 1999.




No comments:

Post a comment

Member BSK