Jumlah Pengunjung

Monday 25 March 2013

PEMIMPIN PEMBANGKANG JATUH TERKANGKANG !!! #rempuh243 #jomsokongbn




Tindakan pemimpin pakatan pembangkang 'lari' untuk bertanding di kawasan lain pada Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah kerana mereka tidak yakin untuk menang di kawasan yang ditandingi pada pilihan raya umum lalu.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, sepanjang menjadi wakil rakyat, pemimpin pembangkang tidak mempunyai rekod prestasi perkhidmatan yang baik kepada rakyat tetapi hanya pandai menabur janji-janji kosong.

"Pemimpin-pemimpin ini berharap dengan pergi ke kawasan baharu, mereka akan menjadi muka baharu dan ada harapan baharu," katanya selepas melawat Pasar Simpang Pulai di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkemungkinan tidak bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh yang diwakilinya, sebaliknya berhasrat bertanding di Perak atau Selangor dalam pilihan raya kali ini.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula dilaporkan akan meninggalkan kerusi tradisinya di Parlimen Ipoh Timur untuk bertanding di Parlimen Gelang Patah, Johor.

Soi Lek yang juga Pengerusi MCA negeri berkata, selepas Pilihan Raya Umum 2008, ramai pengundi sudah mula sedar kesilapan mereka mengundi pemimpin pembangkang untuk menjadi wakil rakyat.

Sebagai contoh, katanya, ramai pengundi di Parlimen Ipoh Timur yang menyatakan kekesalan mengundi Kit Siang kerana pemimpin itu tidak pernah muncul walaupun sudah memenangi kawasan tersebut sebanyak dua penggal.
"Selepas menang dua penggal, rakyat tidak dapat berjumpa beliau tetapi beliau hanya muncul menerusi poster, televisyen dan akhbar.

"Penduduk mengundi manusia yang boleh berhubung dan berkhidmat di kawasannya, bukan hanya dilihat dalam gambar, poster, akhbar dan televisyen," ujar beliau.

Soi Lek berkata, rakyat juga sedar bahawa Barisan Nasional (BN) yang banyak membantu mereka selama ini termasuk di kawasan yang dimenangi pemimpin pakatan pembangkang.

Katanya, wakil rakyat pembangkang pula tidak menjalankan tugas mereka, sebaliknya hanya gemar menyalahkan dan membuat pelbagai tuduhan terhadap BN.


No comments:

Post a Comment

Member BSK