Jumlah Pengunjung

Monday 25 March 2013

SEORANG LAGI BEKAS AHLI PKR DI UGUT BUNUH !!! #rempuh243 #jomsokongbn




Polis akan menyiasat laporan media berhubung ugutan bunuh yang diterima beberapa bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas mereka mendedahkan perilaku kepimpinan parti itu, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh.

Beliau berkata, siasatan akan dijalankan biarpun setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis daripada mangsa yang dikatakan menerima ugutan bunuh itu.



"Saya tidak dimaklumkan atau dengar apa-apa tentang kejadian itu daripada mana-mana pegawai saya berkaitan sebarang laporan polis yang dibuat oleh mereka," katanya ketika dihubungi Bernama.

Semalam, media tempatan melaporkan seorang bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki pada 2.45 pagi serta khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta beliau berhenti berceramah.
Ng turut menerima ugutan bunuh.



No comments:

Post a Comment

Member BSK