Jumlah Pengunjung

Thursday, 28 March 2013

BOB LOKMAN PERLI ABBY JADI BOHSIA DALAM PAS !!!




Bekas pelawak dan komposer, Bob Lokman hari ini mengaku dirinya dipergunakan untuk memancing kehadiran orang ramai ke ceramah-ceramah anjuran PAS.Menurut beliau, populariti yang dimilikinya sudah cukup untuk menarik lebih ramai pengundi dan penyokong untuk hadir ke majlis-majlis ceramah PAS.Bob juga berkata beliau hanya perlu tampil di khalayak dan tidak perlu menunjukkan sikap pandai dan tidak perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai politik.

“Kalau nak kira hari ini, antara kredibiliti dengan pancing undi (melalui) artis itu, memang artis itu kredibilitinya untuk memancing undi..kredibilitinya itu memang untuk memancing undi.“Jadi, sememangnya dia masuk sahaja sebagai seorang artis, tak perlu dia menunjukkan sikap yang pandai dari segi politik, tak perlu dia cakap banyak pun," ujarnya.Bob kemudiannya dengan bersahaja berkata, beliau adalah umpan pada setiap ceramah Pakatan Rakyat yang dihadirinya.

“Saya sebagai umpan..jadi orang akan tunggu bila Bob Lokman nak bercakap ni.“(Jadi) Kredibilitinya saya memang terbukti di situ bahawa saya memang memancing,” ujar beliau ketika menjadi panel wacana ‘Artis Masuk Politik: Kredibiliti atau Pancing Undi’ anjuran akhbar Sinar Harian di Auditorium Karangkraf, hari ini.


No comments:

Post a Comment

Member BSK