Jumlah Pengunjung

Monday, 25 March 2013

TERKINI..4 LAGI PENGGANAS BERJAYA DI TEMBAK MATI !!! #rempuh243 #jomsokongbn

ANGGOTA tentera mengangkat mayat individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas Kiram yang ditembak dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu untuk dihantar ke hospital hari ini.



Empat individu dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Kiram mati ditembak setelah menyerang pasukan keselamatan yang sedang menjalankan operasi penggeledahan dan pembersihan di Kampung Tanjung Batu di sini hari ini.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, individu yang ditembak terdiri daripada seorang lelaki dan perempuan dewasa serta dua kanak-kanak, masing-masing lelaki dan perempuan.

Beliau bagaimanapun berkata, dalam pertempuran pada pukul 9.45 pagi itu, seorang anggota pasukan keselamatan tercedera di paha kanan akibat terkena tembakan semasa memasuki sebuah rumah tempat kumpulan itu bersembunyi.

"Terdahulu, pasukan keselamatan bertempur dengan dua pengganas Kiram yang berada dalam sebuah rumah di kawasan tersebut sebelum mereka melarikan diri ke sebuah rumah berdekatan.

"Pasukan keselamatan menggempur rumah itu dan hasil pemeriksaan lanjut menemukan empat mayat tersebut. Tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai kecuali sedikit bekalan makanan yang disimpan dalam rumah berkenaan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Zulkifeli berkata, pihaknya juga menemukan seorang lagi kanak-kanak tercedera di tempat kejadian dan dia telah dihantar ke Hospital Sandakan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Jelas beliau, pihaknya percaya kesemua yang ditembak selain daripada pengganas itu adalah individu yang bersubahat dengan kumpulan tersebut.
"Ini berdasarkan arahan pasukan keselamatan sebelum ini kepada penduduk Tanjung Batu supaya keluar dari kawasan operasi semasa kumpulan pengganas Kiram itu menceroboh Kampung Tanduo pada 12 Februari lalu.

"Keempat-empat mayat itu dibawa keluar dari kawasan operasi bagi tujuan bedah siasat. Termasuk yang ini (ditembak hari ini), jumlah mayat yang ditemukan sehingga kini adalah 67 orang," katanya.


No comments:

Post a comment

Member BSK