Jumlah Pengunjung

Saturday, 30 March 2013

PANAS... NGEH KOO HAM HINA MASYARAKAT INDIA !!!

RICHARD Francis (tengah) bersama S. Karthiyaini serta David Dass Aseerpatham (kiri) menunjukkan surat akuan keahlian DAP ketika mengadakan sidang media di Seremban hari ini.



Perbuatan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang menggambarkan undi masyarakat India mampu dibeli dengan hanya sogokan wang serta arak terus mendapat kecaman daripada ahli parti itu sendiri.

Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, Negeri Sembilan, David Dass Aseerpatham berkata, masyarakat India terutama ahli DAP menganggap kata-kata Koo Ham itu satu penghinaan yang besar terhadap mereka.

Menurut David Dass, sikap berdiam diri Koo Ham berhubung kenyataan penghinaan itu boleh dianggap sebagai pengakuan beliau memandang rendah kaum India.

“Kami tidak boleh lupa kata-kata Ngeh Koo Ham itu dan kaum India termasuk ahli-ahli DAP sendiri menganggap ia sebagai satu penghinaan yang besar terhadap kami," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi DAP Cawangan Taman Desa Dahlia, Richard Francis dan Setiausaha cawangan berkenaan, S. Karthiyaini.

Koo Ham melalui laman Twitternya baru-baru ini mengeluarkan kenyataan berbunyi: For too long Beruas Indians hv been cheated for their votes by BN's sarees, Milo, mutton curry & beers (Sejak sekian lama, undi masyarakat India di Beruas telah ditipu dengan pakaian sari BN, Milo, kari kambing dan bir).

David Dass turut membidas pemimpin tertinggi DAP terutama daripada kaum India yang mengambil sikap berdiam diri terhadap kelakuan Koo Ham itu.

“Dahulu mereka begitu lantang dalam isu novel Interlok sehingga membawa isu itu ke persidangan Parlimen sedangkan hanya ada satu perkataan dalam novel itu yang dianggap menghina kaum India.

“Sebaliknya, dalam isu Koo Ham ini, ia jauh lebih menghina kaum India tetapi pemimpin DAP diam membisu seribu bahasa," jelas beliau.

Sehubungan itu, David Dass mendesak Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang supaya jangan bersikap memilih bulu dengan bertindak terhadap Koo Ham.

Beliau juga menyeru rakyat supaya bangkit dan sedar mengenai kelakuan orang yang dianggap sebagai pemimpin mereka.
‘Tanya pada diri sendiri, adakah calon seperti ini yang hendak kita pilih untuk mewakili kita?" soalnya.


No comments:

Post a comment

Member BSK