Jamalul Kiram III yang sudah dua kali stroke, perlu menepuk dahi sendiri dan menyesali diri kerana tidak bersekolah tinggi, mudah terpedaya dan sangat perasan yang dia adalah Sultan Sulu. Apakan tidak, hanya kerana janji yang belum pasti yang datangnya daripada Anwar Ibrahim, dia telah bekerjasama dengan Nur Misuari yang juga sangat berdendam dengan Malaysia kerana telah mengekstradisinya ke Manila tidak lama dahulu untuk menyerang dan membunuh beberapa orang anggota pasukan keselamatan Malaysia.
Dengan cakap besar dan perasan hebat, akhirnya yang terhasil adalah kematian besar-besaran lanun-lanun Sulu yang selama ini berasakan mereka tersangat gagah dan gagal dikalahkan oleh sesiapa pun. Bergelimpangan mayat lanun-lanun Sulu yang akur dengan perintah Jamalul Kiram III sekaligus mengotakan janji mereka bahawa hanya kematian yang boleh menyebabkan mereka meninggalkan Sabah.
Bantuan lanun-lanun bersenjata yang dijanjikan oleh Nur Misuari masih belum kunjung tiba. Sedangkan di Malaysia pula, kepala dalang sudah semakin tersepit dan cuba menggunakan kekuatan wang ringgitnya untuk membeli sesiapa sahaja yang boleh menjadi alibi kepadanya.
Sedangkan pada masa yang sama, pihak berkuasa Manila dan Kuala Lumpur sudah pun menyatakan bahawa Jamalul Kiram III akan ditangkap, dibicarakan dan dihukum kerana melancarkan peperangan di wilayah Malaysia.
Lebih malang lagi, penduduk Sulu kini mulai berasa susah. Apakan tidak, hampir seratus peratus bekalan makanan mereka datangnya dari Malaysia atau lebih tepat lagi Sabah. Perdagangan kecil-kecilan yang menggunakan perahu dan keistimewaan penduduk sempadan, kini lumpuh sepenuhnya. Pihak berkuasa Malaysia menyekat bekalan makanan untuk dihantar ke Kepulauan Sulu.
Harga barangan makanan di Tawi-Tawi, sarang Jamalul Kiram III dan keluarganya melonjak berkali-kali ganda. Penduduk mulai marah dan resah. Jamalul Kiram III dan keluarganya pula langsung tidak dapat berbuat apa-apa.
Mampuslah Jamalul Kiram III... dia fikir kehebatan dan kezaliman lanun-lanun Sulu yang didaratkan di Sabah dapat menakutkan rakyat Malaysia?
Dia tersilap besar!
Dengan kekuatan tambahan anggota tentera untuk mengawal pantai dan sempadan Sabah-Filipina, Jamalul Kiram III dan ahli-ahli keluarganya kini sedang berhadapan dengan ancaman yang lebih buruk berbanding hukuman Manila mahupun Kuala Lumpur.
Dia dan seluruh keluarganya akan dibunuh oleh rakyat Sulu dan penduduk Tawi-Tawi!
Seharusnya ketua lanun perasan Sultan itu mula memikirkan kaedah yang lebih baik untuk bukan sahaja menyelamatkan nyawanya, tetapi juga ahli-ahli keluarganya yang lain. Dia sepatutnya berterus-terang, siapa yang mendalangi pencerobohan tersebut bagi membolehkan aliran makanan dan keperluan lain dikembalikan seperti asal.
Yang pasti, 'keistimewaan' rakyat Filipina di Kepulauan Sulu bergerak bebas di sempadan, sudah berakhir!
(SUMBER)
No comments:
Post a Comment