Sokongan Amerika Syarikat (AS) dalam usaha mencapai matlamat Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri didedahkan dalam video terbaru iFiles: Manusia Pelbagai Wajah, Bab 8 http://www.youtube.com/watch?v>zgd1kNE71PU.
Video itu yang boleh ditonton melalui YouTube dan dimuat naik semalam turut menceritakan strategi Anwar dalam usaha memusnahkan Malaysia ketika krisis kewangan pada 1997.
Video itu memaparkan temubual bersama Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, bekas rakan karib Anwar, Ismail Mina, pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong dan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Sidek Baba.
Menurut Sidek, Anwar bukan seorang pendukung Islam dan tidak mungkin melaksanakan hukum Islam kerana 'berkawan' dengan DAP.
"Saya tidak fikir dia nak tegakkan negara Islam, apa pun corak negara yang mahu ditegakkan dalam perjuangan Anwar, integritinya mesti jelas.
"Tidak mungkin dia mendukung Islam kalau secara peribadi dia pertikaikan, tidak mungkin dia melaksanakan hukum Islam kalau berkawan dengan DAP," katanya.
Rakaman video selama 12 minit 23 saat itu juga memaparkan agenda Anwar untuk menjalankan rancangannya memulihkan ekonomi menerusi bantuan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) melalui sokongan kroni-kroninya.
Menurut video itu, Anwar mahu melancarkan strategi penjimatan yang gagal dilaksanakan di negara Asia lain untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia.
No comments:
Post a Comment