Jumlah Pengunjung

Wednesday, 29 May 2013

Jusof Kalla Perlu Dedahkan Butiran Perjanjian Najib-Anwar !!!



Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusof Kalla ada sebab untuk merasa kecewa apabila rakan baiknya, Anwar Ibrahim gagal mematuhi perjanjian bertulis yang dibuat dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Antara terma pernjanjian yang sudah diketahui ramai ialah perlunya kedua-dua pihak menerima dan menghormati keputusan PRU-13, yang mana ia dicadangkan sendiri oleh Ketua Umum PKR namun akhirnya Anwar sendiri yang memungkiri janji.

Anwar seperti sengaja melupakan perjanjian yang dimeterainya dan cuba berdolak-dalih menyalahkan SPR yang didakwanya sebagai punca pakatan pembangkang yang diketuainya melakukan siri bantahan terhadap keputusan PRU-13.

Walhal umum tahu, jika wujud penipuan seperti yang didakwa, tentu sahaja prestasi BN jauh lebih baik dari sekarang manakala PR di negeri Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang akan memboikot acara angkat sumpah.

Sebagai orang tengah yang bertanggungjawab menguruskan perjanjian tersebut, tentulah Jusof berasa seperti dipermainkan apabila rakan baiknya sendiri bertindak demikian sedangkan Dato' Seri Najib sehingga kini mematuhinya.

Inilah keperibadian sebenar Anwar yang terkenal dengan sikap hipokrit dan mungkir janjinya yang gagal difahami oleh bekas Naib Presiden Indonesia itu.

Difahamkan, antara isi kandungan perjanjian itu turut melibatkan isu pencerobohan Lahad Datu, dendam politik dan persaraan Anwar seandainya pakatan pembangkang yang diketuainya kalah.

Perkara ini memerlukan pengesahan rasmi dari Jusof Kalla. Anwar sudah mungkir janji maknanya tiada guna lagi untuk Jusof menyimpan rahsia yang berada dalam pengetahuannya.

Berikutan itu, amatlah wajar sekali untuk Jusof tampil mendedahkan keseluruhan butiran kandungan perjanjian tersebut supaya rakyat lebih memahami dan dapat mengenali betapa munafiknya Anwar Bin Ibrahim.




1 comment:

  1. Bersetuju supaya Yusuf kalla dedahkan seluruh Perjanjian yang Najib takut untuk tandatangani supaya Rakyat lebih mengenali siapa yang betul2 Munafik.

    ReplyDelete

Member BSK