Jumlah Pengunjung

Wednesday, 8 May 2013

NIK AZIZ LAWAN TAKDIR ALLAH !!! DEMI KERANA DENDAM...


Ini kenyataan terbaru dari Nik Aziz, beginikah sebenarnya sikap dari seorang yang mengaku ULAMA ? Bagi aku Nik Aziz ini merasakan seolah2 dia juga mempunyai kuasa seperti tuhan. Kenapa aku begitu lantang berkata begini, aku tahu tentunya semua penyokong PAS akan marah dengan pendapat aku ini. Anda fikirlah sendiri, pernahkah RASUL kita mengajar kita begini ? Hina sangatkah UMNO yang seagama dengan PAS ? Mulia sangatkah DAP yang berlainan agama dengan PAS ? Ini semua kerana dendam dari muda hingga ke hari tua yang tidak pernah padam. Fahamkah Nik Aziz dan seluruh ahli PAS apa ertinya silatulrahim ? 

Diriwayatkan ada seorang telah mendatangi Rasulullah s.a.w. sambil memohon supaya baginda mewasiatkan sesuatu wasiat yang pendek dan sedikit saja. Maka baginda bersabda kepadanya: Jangan marah! Diulangi permintaannya lagi maka bagina sekali lagi: Jangan marah!

Rasulullah s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat: Apakah yang kamu dapat fahamkan tentang maksud bergelut? Kata para sahabat: Penggusti yang tidak dapat ditumbangkan dalam pergelutannya.

Sabda baginda; Bukan itu yang aku maksudkan. Tetapi orang yang bergelut itu ialah orang yang dapat menahan dirinya, ketika dalam kemuncak kemarahannya.

Berkata Ja'far r.a.: Kemarahan itu kunci segala kecelakaan.

Setengah para sahabat berkata; Pokok dan pangkal sifat bodoh itu, ialah degil dan pemimpinnya ialah marah.

Barangsiapa yang meredhakan dirinya dengan kejahilan, tidaklah perlu lagi baginya sifat toleransi. Toleransi adalah sifat yang baik dan banyak mendatangkan manfaat. Sedang kejahilan pula adalah sifat yang buruk dan mendatangkan banyak mudharat. Berdiam diri atau tidak melayani pertanyaan seorang yang bodoh adalah jawabnya.

Berkata al-Hasan pula: Di antara tanda-tanda seorang Muslim yang sejati, ialah teguh agama, lemah-lembut kelakuan, penuh iman dan yakin, berilmu pengetahuan dan bertoleransi, pandai menjaga kepentingan dan berbelas kasihan, selalu memberi dengan hak, tidak boros meskipun kaya, murah hati meskipun miskin, berbuat baik walaupun berkuasa, menanggung jerih-perih bersama kawan-kawan, bersabar walaupun susah, tiada dikuasai oleh kemarahan, tiada selalu menurutkan perasaan, tiada dipengaruhi oleh syahwat dan nafsu, tiada dimalukan oleh kebatinan, tiada mementingkan keinginan, tiada terhad niat baik, sering menolong orang yang teraniaya, mengasihani orang yang lemah, tidak kikir dan tidak boros, tidak berbelanja berlebihan-lebihan dan tidak mengenggam tangan, bersedia mengamuni orang yang menganiayai, suka memaafkan oarng bodoh, biarlah dirinya berada di dalam kepayahan asalkan semua orang berada di dalam kesenangan.


Mengapa tindakan Nik Aziz semakin angkuh dan bongkak ? Bagi aku mungkin Nik Aziz sudah semakin riak apabila dia mempunyai penyokong yang taksub terhadap apa sahaja kenyataan yang di keluarkan. Harus di ingat, bukan semua yang beragama islam dapat menerima setiap kenyataan yang di keluarkan oleh nik aziz. 

Aku boleh sampaikan satu cerita pengalaman aku berkawan dengan seorang ahli PAS dari Perak. Dia sendiri mengakui bahawasanya Nik Aziz memang semakin Angkuh bila mana kenyataan dan tindakannya seolah2 dia lah yang maksum. Ahli PAS tersebut mengakui cara dan sikap mereka menunjukkan "PAS LEBIH ISLAM DARI ISLAM". 

Memang keputusan Pilihanraya yang baru selesai ini membuktikan sokongan masyarakat melayu terhadap UMNO semakin meningkat. Mungkin ini yang membuatkan Nik Aziz kecewa hingga sanggup meludah sesiapa sahaja yang cuba menyatukan UMNO dan PAS. Lihatlah nasib yang terjadi kepada pemimpin PAS seperti Nasharuddin Mat Isa dan Hassan Ali. Mereka di buang dari PAS hanya kerana mereka bertindak tidak mengikut dendam, mereka sedar bahawasanya mereka bertindak demi menegakkan syariat Islam yang sebenar. Mereka tidak takut hilang jawatan, malahan mereka takut sekiranya agama islam terus di persendakan. Bagi aku pemimpin beginilah yang harus kita angkat ke peringkat yang lebih tinggi lagi.



Bukalah mata, bukalah minda, Bala ALLAH tidak mengenal sesiapa sahaja...





1 comment:

Member BSK