Pendedahan terbaru tentang anwar ibrahim kali ini memang menggemparkan seluruh dunia. Mana tidaknya, lepas satu satu janji yang di tabur oleh anwar tak pernah hendak tunaikan, bagi aku inilah manusia akhir zaman yang nabi pesan, " pemimpin yang bila berjanji dia akan memungkirinya" .
sampai bila akan berakhirnya episod huru hara yg anwar sedang lakukan skrg. Terkini rupa rupanya sebelom pilihanraya di adakan, anwar berjanji lagi dihadapan bekas presiden indonesia. Apa pon korang baca bukti trbaru di bawah..
sampai bila akan berakhirnya episod huru hara yg anwar sedang lakukan skrg. Terkini rupa rupanya sebelom pilihanraya di adakan, anwar berjanji lagi dihadapan bekas presiden indonesia. Apa pon korang baca bukti trbaru di bawah..
Pemimpin dan penyokong pakatan pembangkang perlu
melihat pendedahan oleh bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla
berhubung kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim menghormati keputusan
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai 'satu bentuk amaran bahaya yang
menanti' jika Ketua Pembangkang itu terus diberikan sokongan.
Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, pendedahan
tersebut jelas menunjukkan mimpi Anwar untuk menjadi Perdana Menteri
tidak pernah padam malah sanggup melakukan apa sahaja termasuk menipu
dan memfitnah bagi mencapai cita-citanya.
"Saya sendiri pernah menemui Jusuf sebelum menjadi Naib Presiden
Indonesia dan tahu beliau merupakan sahabat baik Anwar sejak dahulu.
"Jika Jusuf sendiri yang telah lama menjadi kawan baik Anwar pun
telah ditipu, apatah lagi rakyat biasa di bawah. Sebab itu rakyat perlu
menilai semula sokongan mereka kepada Anwar," katanya ketika dihubungi Utusan di sini hari ini.
Beliau mengulas pendedahan Jusuf kepada The Wall Street Journal (WSJ) bahawa Anwar telah mengingkari sebuah perjanjian damai bagi menghormati keputusan PRU-13 lalu.
Perjanjian damai yang melibatkan Ketua Pembangkang itu dengan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digerakkan Jusuf pada April lalu.
WSJ juga melaporkan Jusuf berkata, beliau telah menghubungi Anwar
sehari selepas PRU-13 dan meminta supaya menghormati komitmen dan
'melihat realiti'.
Sementara itu, bekas Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kassim menyifatkan
pendedahan Jusuf itu sebagai bukti jelas Anwar hanya berjuang untuk
menjadi Perdana Menteri semata-mata dan bukannya bagi memperjuangkan
nasib rakyat.
Katanya, tindakan menolak keputusan pilihan raya cuma alasan bagi
mengheret rakyat berhimpun kononnya pakatan pembangkang telah menang.
"Sepatutnya Anwar kena terima keputusan rakyat seperti janjinya kepada Jusuf serta percaya kepada qada dan qadar.
"Jika janji dengan sahabat baik sendiri yang telah banyak membantu
pun Anwar tidak mahu tunaikan, bayangkan pula janji dia kepada rakyat
biasa. Langsung tiada nilai," ujarnya sinis.
No comments:
Post a Comment