Jumlah Pengunjung

Sunday, 12 May 2013

PERSOALAN YANG BERMAIN DI MINDA PESERTA PERHIMPUNAN !!!




Anwar memang terkenal dengan suka bermain dengan angka.  Sebagai seorang graduan cukup makan pengajian Melayu, kebolehan memetik angka mampu menaikkan imejnya sebagai seorang yang bijak.  

Namun, Anwar tidak sedar bahawa angka tidak boleh dipetik sesuka hati kerana ia adalah fakta yang tidak boleh dimanipulasi sesuka hati.   Kesilapan memetik angka, akan memperlihatkan bahawa Anwar sebenarnya tidaklah bijak.  Antara angka yang pernah dipetik Anwar ialah, “2 bulan sahaja masalah Kampung Buah Pala akan selesai”,  dan “2 minggu sahaja masalah flat di Padang Kota akan selesai”, atau “16 September saya akan jadi Perdana Menteri”.  

Semuanya ternyata auta belaka bukan fakta.  

Dan sebelum pilihanraya umum ke-13 Anwar memetik angka berikut pula: 45,000 pendatang asing dibawa dari Sabah Sarawak untuk mengundi BN.  

Malah, lebih spesifik lagi, beliau juga turut ‘menunjuk bukti’ berbentuk dokumen yang dihitamkan di sana sini, yang kononnya menunjukkan bahawa 4,500 pendatang asing masuk melalui KLIA setiap hari.   Dan 40,500 dari mereka sudah pun berada di Malaysia melalui 16 penerbangan sehari bermula dari 25 April 2013.

Malangnya, selepas pilihanraya, Anwar tidak lagi bermain dengan angka spesifik.  Sebaliknya menuduh secara rambang dan rawak bahawa kononnya berlaku gangguan elektrik di beberapa tempat sewaktu proses pengiraan undi.  Tetapi beliau gagal memberitahu di tempat mana dan berapa lama.  Kononnya, selepas gangguan elektrik kotak undi bertambah.  Tetapi beliau juga tidak pula boleh menyatakan berapa kotakkah pertambahan itu.  

Beliau menuduh ramai warga Bangladesh telah didaftarkan sebagai pengundi dengan menggunakan kad pengenalan palsu.   Tetapi, beliau tidak menyatakan berapa ramai secara tepat mahupun pecahan-pecahan tempat di mana mereka mengundi.  Malah, mereka yang kononnya menangkap warga Bangladesh dengan kad pengenalan palsu itu juga gagal membawa walaupun satu bukti dan seorang saksi bagi menguatkan tuduhan.  

Secara tiba-tiba selepas PRU-13, ‘angka’ atau ‘fakta’ sudah tidak memainkan peranan lagi dalam ceramah dan ucapan Anwar.  Sedangkan, jika Anwar ingin membuat bantahan, beliau perlu terlebih dahulu mengemukakan fakta dan angka ke atas semua tuduhan konon berlaku penipuan SPR itu.    

Dan inilah yang penyokongnya ingin dengar dalam Himpunan Bantah PRU-13 di Kelana Jaya semalam.  

Namun, walaupun Anwar ‘berjaya’ menipu penyokongnya sebelum pilihanraya ternyata Anwar telah gagal menjelaskan kenapa beliau masih gagal membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya.   ini kerana, selain menuduh SPR menipu, bersekongkol dengan BN dan PR patut menang berdasarkan undi popular, Anwar tidak dapat membina satu ‘kes’ yang tulen ke atas semua tuduhannya.  

Apa yang beliau mampu lakukan hanyalah mengajak penyokongnya terus berdemonstrasi di Ipoh dan Pulau Pinang pada Sabtu dan Ahad ini bagi meneruskan bantahan.  

Rungutan di kalangan hadirin terdengar berbunyi “bantahan atas dasar apa?” “Apakah asasnya?”  Tetapi, soalan hanya tinggal soalan di celah-celah keriuhan jeritan semangat mereka-mereka yang belum tersedar.    

Justeru, pulanglah hadirin himpunan itu dalam keadaan keliru, hampa dan marah.   Perlahan-lahan yang belum sedar tadi juga mula menyedari yang mereka telah diperbodohkan atau sememangnya bodoh selama ini.  



No comments:

Post a Comment

Member BSK