Anwar Tetap Mahu Adakan Demonstrasi Di Padang Kota Walaupun Tidak Mendapat Permit
Anwar Ibrahim tetap mengarahkan kuncu-kuncunya untuk mengadakan demonstrasi secara besar-besaran di Padang Kota Lama malam ini.
Ini ekoran Pulau Pinang merupakan negeri yang paling ramai pengundi Cina DAP dan Anwar Ibrahim serta Lim Kit Siang tidak akan lepaskan peluang itu.
Sebelum itu pihak polis menegaskan ceramah Pakatan Rakyat yang dicadang diadakan di Padang Kota Lama di sini malam ini tidak mendapat kelulusan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pihak polis telah menolak permohonan untuk mengadakan ceramah itu kerana lokasinya adalah tempat tumpuan awam dan penganjurannya dibimbangi akan mengganggu ketenteraman orang ramai sekali gus mengundang kesesakan lalu lintas yang teruk.
Beliau berkata, permohonan untuk menganjurkan majlis itu juga tidak mematuhi tempoh yang sepatutnya.
"Pihak penganjur mengemukakan permohonan sebelum 10 hari berlangsungnya program itu iaitu pada jam 2.10 petang Rabu lalu. Namun kita masih memberi peluang untuk mereka berbincang dan penjelasan terperinci telah kita berikan.
"Bagaimanapun mereka tetap mahu meneruskan perhimpunan itu," katanya di sini, hari ini. Ceramah dijangka bermula jam 8 malam sehingga tengah malam dan akan dihadiri paling ramai kaum muda cina untuk bersama-sama Anwar Ibrahim bagi mendengar hasutannya.
Anwar yakin Malaysia Spring pasti akan terjadi kerana penglibatan kaum muda cina dalam setiap demontrasinya agak luar biasa.
Walaupun hampir 1000 laporan polis telah dibuat namun Anwar Ibrahim tetap bebas menghasut dengan bergaya dan jika ini dibiarkan pemerintahan Malaysia sekarang pasti tumbang dengan hanya demonstrasi jalanan sahaja.
No comments:
Post a Comment