Jumlah Pengunjung

Saturday, 2 February 2013

Hadi Awang Sedang Nazak Kata UMNO Tidak Pandai Memerintah Negara !!!


Apa dah buang tabiat ka Hadi Awang bila mengatakan BN tak tahu memerintah Negara Malaysia ?.

Semua orang boleh menilai sejauh mana kemajuan, kemakmuran dan ekonomi Negara Malaysia semenjak BN mentadbir selepas Kemerdekaan.

ALOR SETAR - Pas tidak boleh bekerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam perkongsian kuasa di negara ini kerana ia tidak tahu memerintah.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Umno tidak tahu membina sebuah negara yang berteraskan kepada agama Islam.

“Bukan kita tidak boleh bekerjasama dengan Umno, boleh bekerjasama. Tapi baik perintah negeri, Umno tidak tahu memerintah negeri. Tidak boleh kerjasama sebab mereka tidak tahu memerintah.

“Contoh di Kedah, Pakatan Rakyat (PR) di bawah Pas baru empat tahun perintah. Masalah air dan jalan atau masalah 50 tahun dulu sebelum kita perintah, dia (Umno) kata kita la punya kerja,” katanya di sini, kelmarin.

Beliau berkata, begitulah keadaan Melayu yang mudah lupa kerana menyalahkan PR menjadi punca masalah air walaupun ia baru memerintah empat tahun di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.- Sinar Harian

Apakah selama ini UMNO tidak memperjuangkan Islam sehinggakan Agama Islam di letak kedudukan paling tinggi dalam Perlembagaan Malaysia.

Sebagai sebuah parti yang dominan dalam Barisan Nasional (BN), UMNO banyak membangunkan negara berteraskan Agama Islam sehingga di iktiraf sebagai sebuah negara Islam contoh bagi negara-negara Islam yang lain.

Sekiranya Hadi Awang kata PAS mampu mentadbir negara berteraskan Islam, bagaimana PAS boleh melakukan sedangkan yang menjadi parti dominan dalam Pakatan Haram adalah DAP dan bukannya PAS.

DAP sebuah parti yang terang-terang rasist kepada Melayu dan Islam sehinggakan PAS sendiri terpaksa menggugurkan dasar perjuangan parti PAS, memperjuangkan Negara Islam hanya kerana atas desakan DAP.

Dalam isu Kalimah Allah yang di bangkitkan DAP sudah cukup jelas bahawa DAP tidak pernah menghormati Islam. Namun di sebabkan keuntungan politik, PAS terpaksa menutup keaiban tersebut dan menunding jari kepada UMNO mengatakan UMNO mentadbir Negara tidak berteraskan Agama Islam.

Hadi Awang patut dengar video di bawah ni, supaya tidak menjadi seorang Ulama yang kufur nikmat hanya kerana kepentingan politik.







No comments:

Post a comment

Member BSK