Jumlah Pengunjung

Friday 1 February 2013

Minyak Kelantan Atau Gajah Naik Minyak !!!


Kerajaan Pas Kelantan diminta menjelaskan secara terperinci dakwaan penemuan minyak di daratan di beberapa kawasan di negeri ini kerana menimbulkan kebimbangan penduduk.
Perkara itu berikutan tindakan pihak tertentu menampal notis perpindahan peniaga dan penjaja bagi aktiviti cari gali sumber alam tersebut di Pasar Siti Khadijah di sini.
Timbalan Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kelantan, Amir Mukhtar berkata, meskipun Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menafikan menaikkan notis tersebut namun perkara itu masih menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penduduk di negeri ini.
Beliau berkata, ura-ura penemuan minyak itu bukan perkara baharu malah Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa pernah mengeluarkan kenyataan sama pada 2006.
"Sebagai rakyat Kelantan kita mahu Husam menjelaskan secara terbuka mengenai penemuan minyak ini kerana merisaukan penduduk terutama melibatkan faktor keselamatan.
"Kita juga mahu tahu adakah ini hanya kenyataan politik atau kerajaan Pas Kelantan benar-benar telah melantik syarikat mengesan penemuan minyak tersebut kerana pada 4 Mei 2006, Husam mengeluarkan kenyataan yang sama dan dilaporkan media," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kebimbangan peniaga dan penjaja di Pasar Siti Khadijah selepas notis pemindahan mereka dinaikkan di pasar tersebut kelmarin.
Notis itu memaklumkan pasar tersebut serta bangunan di sekitarnya akan dirobohkan supaya aktiviti mencari gali minyak dapat dijalankan dengan lancar.
Walau bagaimanapun dalam sidang akhbar pagi ini, Yang Dipertua MPKB-BRI, Fauzi Mat menafikan pihaknya mengeluarkan notis tersebut.
Pada 4 Mei 2006, Husam yang ketika itu memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat negeri mengumumkan kerajaan Pas Kelantan akan melantik perunding bagi menjalankan kajian mengenai potensi sumber petroleum yang dipercayai terdapat di daratan negeri ini.
Sehubungan itu, Amir mahu kerajaan Pas Kelantan mengeluarkan keputusan hasil kajian mengenai potensi petroleum yang dibuat perunding dilantik kerajaan Pas Kelantan kira-kira enam tahun lalu.
"Apakah kerajaan Pas Kelantan telah melantik perunding pada 2006 dan jika benar, apa keputusannya?
"Kenapa perlu diumumkan sekali lagi untuk melantik syarikat bagi mengesan minyak di Kota Bharu? Tetapi sekiranya Husam hanya bercakap dan tidak ada sebarang tindakan dibuat sejak enam tahun lalu, ini membuktikan Husam pembohong," katanya.






No comments:

Post a Comment

Member BSK