Jumlah Pengunjung

Saturday, 2 February 2013

PAS Kelantan Di Seru Menyokong UMNO !!!



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas kawasan Gaal, Datuk Dr. Nik Mazian Mohamad menyeru umat Islam supaya memilih calon Islam daripada UMNO sekiranya calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang bertanding dalam pilihan raya umum ini bukan beragama Islam.
Beliau yang bercakap kepada portal berita Mole.my berkata, adalah lebih baik mengundi calon Islam bagi memastikan prinsip agama itu dapat dipertahankan.
"Dalam memilih calon Islam UMNO dan calon PKR, pengundi perlu membuat penilaian siapa lebih baik. Jika calon PKR itu bukan Islam maka lebih baik pengundi memilih calon UMNO untuk memastikan kepentingan Islam terbela dan terpelihara," katanya kepada portal tersebut.
Pada 15 November lalu, Pas yang memilih bekerjasama dengan DAP dan PKR untuk mencapai matlamat politiknya mengarahkan ahli-ahli parti itu supaya mengundi calon-calon bukan Islam dalam kalangan pakatan pembangkang.
Nik Mazian yang juga Yang Dipertua Pas kawasan Pasir Puteh bagaimanapun menekankan umat Islam wajib memilih calon Pas yang memperjuangkan Islam di negara ini.






No comments:

Post a comment

Member BSK