Jumlah Pengunjung

Saturday, 2 February 2013

Rakyat Kelantan Serius Mahukan Kerajaan BARISAN NASIONAL !!!



Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat Kelantan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 bagi membawa perubahan selepas 22 tahun di bawah Pas yang tidak membawa banyak kemajuan di negeri itu.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, rakyat Kelantan boleh menukar kembali kerajaan BN atau menolak terus parti itu sekiranya mereka gagal membawa perubahan selepas diberi mandat pada pilihan raya umum nanti.
Beliau turut menegaskan bahawa tawaran tujuh projek mega berimpak tinggi yang dikemukakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini bukanlah perkara main-main, sebaliknya janji yang akan ditunai BN.
“Kalau nak keluar daripada keadaan murung sebegini lama, saya fikir yang terbaik ialah bagi peluang kepada BN. Kalau lepas lima tahun pilihan raya dia kata BN tak bagus, tukar balik. Yang berkuasa ialah rakyat Kelantan tetapi bagi kami peluang dan kita tengok caranya, ada beza tak dalam lima tahun itu, kalau tak ada beza juga, itu hak (rakyat) Kelantan untuk buang kami, tak usah percaya kepada kami.
“Tapi kami nak buktikan kami boleh buat. Kami nak bantu rakyat. Kita nak minta mandat diberikan kepada kita. Rayuan kita ialah untuk menolong mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan UMNO Kelantan serta pimpinan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sempena lawatan seharinya ke negeri ini di sebuah hotel di sini.
Turut hadir, Pengerusi BN negeri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalannya, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.
Menurut Muhyiddin, kesedaran rakyat Kelantan untuk memberikan sokongan kepada BN semakin ketara, antara lain hasil program Gelombang Merah yang digerakkan UMNO negeri.
Justeru, beliau meminta rakyat Kelantan menterjemahkan kesedaran tersebut dengan memberikan peluang kepada BN membawa lebih banyak kemajuan termasuk tujuh projek yang dijanjikan oleh Perdana Menteri.
Projek-projek itu ialah projek Lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, stadium baharu, masjid terbesar, sistem pengangkutan RapidKota Bharu, perumahan rakyat, kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan menyelesaikan masalah air.
Beliau berkata, Perdana Menteri sanggup datang ke negeri ini untuk menawarkan projek pembangunan tersebut kerana mahukan perubahan berlaku di Kelantan dan BN yakin mampu melaksanakannya, meskipun diperkecilkan pembangkang.






No comments:

Post a comment

Member BSK