Jika dahulu perkataan “Melayu” merupakan
racun yang amat berbisa sekali bagi pakatan pembangkang, Merekla
menolak sekeras keras nya didalam memertabatkan Melayu, kerana pada
mereka ini adalah politik perkauman .
Tetapi pernahkanh m,ereka bersuara
mengenai bangsa Cina yang mrenobatkan bangsa mereka melalui kesenian
warisan, budaya,. bahasa,. pendidikan adakah kerana mereka Cina ” Melayu
Murtad” ini tidak berani menyatakan mereka ini perkauman.
Ini adalah sebahagian daripada perangai
tak senonoh pihak pembangkang sekarang. Dulu mereka dikatakan kuat dan
sewenangnya memijak “Melayu” dengan mudah, Kini kita tahu mereka kian
lemah.
Bila ini berlaku untuk mendapatkan undi,
mereka terpaksa menobatkan semua agenda Melayu yang mereka benamkan
dulu didalam kumbahan., Perangai pembangkan ini mudah dibaca.
Sumber-sumber dalaman mengesahkan bahawa PKR berada dalam keadaan yang agak ‘kecut’ untuk menghadapi Pilihanraya ke-13 kali ini.
PKR pada ketika ini mempunyai 31 kerusi
dan mensasarkan tambahan 9 kerusi melalui PRU ini, menjadikan semuanya
40 kerusi. Walaubagaimanapun, analisis yang dibentangkan dalam
Temurapat Pilihanraya parti tersebut memaksa PKR menerima realiti
keadaan semasa yang menunjukkan jangkaan kehilangan 16 dari 31 kerusi
sedia ada, dan hanya memenangi dua kerusi baru menjadikan jumlah
kemenangan hanya 17 kerusi sahaja.
Kerusi-kerusi sedia ada yang dijangka
jatuh ke tangan BN ialah Gombak, Indera Mahkota, Ketereh, PJS, Bagan
Serai, Wangsa Maju, Ampang, Nibong Tebal, Selayang, Kelana Jaya, Merbok,
Lembah Pantai, Telok Kemang, Kuala Langat, Sg. Siput dan Hulu Selangor.
Kerusi baru yang dijangka dapat ditawan ialah Bukit Katil dan Pandan.
Sebenarnya, ketidakyakinan PKR untuk
menghadapi PRU adalah berasas. Ini berdasarkan hasil kajiselidik yang
diadakan oleh beberapa pihak antaranya, Majlis Professor,
universiti-universiti tempatan serta Merdeka Center yang menunjukkan
bahawa populariti parti pembangkang semakin merosot akhir-akhir ini.
Malah, dalam semua kajian menunjukkan
yang undi masyarakat Cina yang sebelum ini dikatakan amat kritikal bagi
BN, juga semakin positif di pihak BN. Merdeka Center, contohnya,
mendapati bahawa kaum Cina merasa gembira apabila Perdana Menteri
mengiktiraf sijil Koleh TAR dan menghapuskan Akta Hasutan.
Dengan itu, PKR hanya mampu mensasarkan
maksima 70% undi Cina bagi PRU kali ini walaupun sebelum ini begitu gah
mengumumkan mendapat sokongan lebih 90% dari kaum itu. PKR juga
menyedari yang undi Melayu kini berbalik kepada BN dengan pantas sekali.
Oleh yang demikian, antara strategi yang
digariskan untuk menghadapi pilihanraya kali ini ialah agar Ketua Umum
membuat kenyataan berani dan besar mengenai pembelaan kaum Melayu
termasuk menjuarai beberapa kes kontroversi yang melibatkan nasib orang
Melayu.
Nampaknya, PKR sekali lagi akan membuat
‘U Turn’ dengan kembali mengangkat perjuangan Melayu. Sebelum ini, PKR
seperti juga PAS, telah ‘mempersetankan’ sahaja perjuangan demi bangsa
Melayu. Siapa yang boleh lupa bagaimana beberapa pemimpin mereka
mengungkap kata-kata ‘malu menjadi Melayu’. Malah, Anwar sendiri
menghina ketuanan Melayu. Kononnya, bangsa tidak membawa apa-apa makna
dan perlu dilupakan jika kita ingin hidup dalam suasana harmoni dan
bersatu padu.
Sedangkan, kaum Cina dan India diberi
ruang sebesar-besarnya untuk membela bangsa dan mempertahankan budaya
dan bahasa bagi menyatakan kewujudan mereka yang kukuh di negara ini.
Kita pasti tidak semua kaum Melayu itu mudah lupa dan akan melupakan sahaja kata-kata dan layanan PKR terhadap mereka.
Oleh itu, jika PKR serius ingin
mengangkat strategi ‘membela Melayu’ ini sebagai peluru untuk menyerang
BN dalam pilihanraya, maka rasanya PKR terpaksa menambahkan lagi
bilangan jangkaan kerusi yang mereka akan kalah.
Walaubagaimanapun, kita percaya, PKR
cukup sedar akan kesilapan mereka dalam menangani soal ‘Melayu’ sebelum
ini. Oleh yang demikian, mereka tidak meletakkan kaum Melayu sebagai
satu faktor khas dalam Sasaran Pengundi. Secara keseluruhannya,
pembentangan di dalam Temurapat Pilihanraya PKR tersebut meletakkan
hanya tiga golongan sebagai sasaran pengundi iaitu:
1. ‘working class’ yang mengundi mengikut isu dan berumur antara 26 – 45 tahun,
2. ‘golongan muda’ yang mengundi mengikut sentimen ahli politik muda dan berumur antara 22 – 25 tahun serta
3. ‘pengundi India’ yang menjadi kumpulan penentu dan cenderung untuk beralih undi secara besar-besaran.
Secara dasarnya, nampak jelas bahawa PKR sendiri masih mencari-cari kekuatan diri untuk menghadapi PRU kali ini.
Masalah yang dihadapi PKR ialah sama
seperti semua parti-parti sekutu dalam Pakatan Rakyat, iaitu walaupun
mereka berada dalam satu pakatan tetapi mereka perlu menerima hakikat
bahawa mereka sebenarnya adalah bersendirian. Dengna itu, mereka bukan
sahaja beradu kekuatan dengan BN tetapi secara tidak langsung mereka
juga terpaksa membuktikan kekuatan sesama sendiri bagi memastikan parti
dan pemimpin mereka tetap ‘diberi muka’ sekiranya PR menang dalam PRU
ini.
Lebih malang lagi bagi PKR ialah apabila
terdapat beberapa pihak di dalam kepimpinan atasan parti itu sendiri
yang juga beradu kekuatan sesama mereka. Kewujudan beberapa ‘kem’ dan
peningkatan rasa curiga serta ‘dingin’ di antara pemimpin-pemimpin PKR
ini juga secara tidak langsung menyumbang kepada ketidakyakinan mereka
untuk menang dalam Pilihanraya.
No comments:
Post a Comment