Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dan Pengerusi perhimpunan
Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga bersama 11 individu lain yang terlibat dalam
perhimpunan Bersih 3.0 telah memfailkan tuntutan balas terhadap
Kerajaan Malaysia.
Pada 15 Mei lalu, Kerajaan Malaysia menyaman Ambiga bersama kumpulan
terbabit untuk menuntut ganti rugi khas RM122,000 atas dakwaan gagal
mengawal perhimpunan yang diadakan pada 28 April lalu.
Samad pula bersama kumpulan itu dalam tuntutan balasnya mendakwa
kononnya pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah
bertindak menindas dengan sewenang-wenangnya dan secara tidak
berperlembagaan.
Menurut Samad, pada 28 April lalu media massa telah memberikan
liputan meluas sehingga mencemarkan reputasi Bersih 3.0 dan reputasi
mereka.
Sehubungan itu, Samad dan ahli kumpulannya menuntut supaya Mahkamah
Tinggi di sini mengisytiharkan Akta Perhimpunan Aman 2012 sebagai tidak
sah dan tidak berperlembagaan.
Mereka turut menuntut ganti rugi am dan teladan dengan jumlah yang tidak dinyatakan.
Tuntutan balas Samad atau nama sebenarnya Abdul Samad Mohamed Said
difailkan menerusi firma guaman Tetuan Shearn Delamore pada 11 Oktober
lalu.
Peguam Kanan Persekutuan, Azizan Md. Arshad yang mewakili Kerajaan
Malaysia selaku plaintif dalam saman induk memberitahu pemberita, Hakim
Datuk John Louis OHara menetapkan 11 Disember depan bagi pengurusan kes
saman itu
No comments:
Post a Comment