Suatu ketika dulu, ramai kalangan pemimpin dan penyokong PAS yang begitu
teruja dan terpesona dengan kepimpinan Lim Guan Eng selaku Ketua
Menteri Pulau Pinang, pernah menyamakan Setiausaha Agung DAP itu sebagai
setaraf dengan Khalifah Umar Al-Khattab.
Sehinggakan ada segelintir pemimpin PAS yang secara sedar mendoakan
kesejahteraan kepimpinan Guan Eng di Pulau Pinang semasa Khutbah Jumaat
dibacakan.
Pelik? Tiada peliknya. Bagi PAS kepentingan undi dan kuasa duniawi amat
penting dan kerana itu amat dihargai nilai persahabatannya dengan kafir
harbi DAP berbanding persaudaraan sesama Islam.
Dalam pada PAS begitu teruja dengan 'kehebatan khalifah' Guan Eng,
selang beberapa ketika kemudiannya beliau dinugerahkan dengan gelaran
sebagai Father Joseph dari Gereja St. Anne, Bukit Mertajam sebagai
perhargaan di atas sumbangan dana kepada gereja tersebut.
Penganugerahan gelaran Father Joseph kepada Guan Eng itu sebenarnya
tidaklah mengejutkan, walaupun selama ini beliau sering berahsia
berkaitan status agamanya.
Namun bagi penyokong PAS yang acapkali memuja muji Guan Eng konon bakal
mengulangi kegemilangan Khalifah Umar Al-Khattab, tak sedikit yang
terpinga-pinga apabila mengetahui rupa-rupanya Guan Eng adalah seorang
penganut Kristian yang amat taat pada agamanya.
Mungkin ini dapat menjawab persoalan kenapa tiba-tiba sahaja perarakan
Maulidur Rasul tidak lagi diadakan di Pulau Pinang. Barangkali ini semua
adalah gara-gara betapa 'mesranya' Setiausaha Agung DAP itu dengan gaya
kepimpinan ala khalifahnya yang selama ini di puja oleh PAS agaknya
Selain Guan Eng dan isterinya, Betty Chew, ramai lagi pemimpin DAP yang
sedang menonjol tika ini rata-ratanya beragama Kristian, antaranya
Terresa Kok, Ronnie Liew, William Leong, Ngeh Koo Ham @ James, Nga Kor
Ming @ David, Tony Pua dan Hannah Yeoh.
Sebahagiannya dari mereka diketahui umum cukup keras dalam mencuit hak
umat Islam termasuklah pernah mempertikaikan azan subuh, bacaan
Al-Quran, tulisan jawi pada papan tanda jalan, mendesak penggunaan
kalimah Allah s.w.t untuk kegunaan kitab Kristian dan gereja serta
beberapa isu sensitif yang lain.
Selain itu, dikalangan pemimpin PKR pula seperti Xavier misalnya serta
beberapa yang lain juga pernah mencetuskan kontroversi termasuklah
menyampaikan 'tazkirah' di ruang utama solat surau.
Malah beberapa orang dari mereka juga merupakan orang kuat gereja yang
pernah terbabit secara tidak langsung dalam usaha memurtadkan orang
Islam.
DAP tetap DAP, sementelah lagi kini DAP sudah dikuasai kumpulan pemimpin
yang beragama Kristian yang agak vokal mempertikaikan hak agama dan
umat Islam, tidak mustahil mereka akan semakin berani mempolemikkan
pelbagai isu sensitif berkaitannya.
Manakala PKR pula walaupun dikuasai oleh Anwar Ibrahim, namun kebanyakan
hala tuju politiknya terlalu dekat dengan unsur Kristian termasuklah
cukup sinonim dengan budaya candle light virgil serta pernah menamakan
seorang penganut Kristian, Baru Bian sebagai bakal Ketua Menteri
Sarawak.
Jelas sekali kerjasama dan persahabatan PAS dengan DAP tidak pun berjaya
mengubah kepercayaan Guan Eng ataupun menyebabkan DAP semakin berlembut
dengan Islam ataupun membawa PKR semakin dekat dengan Islam.
Sebaliknya yang berlaku, PAS pula semakin liberal dengan pendiriannya
sehinggakan terikut-ikut rentak DAP serta PKR dengan melupakan terus
semua perjuangannya untuk mendirikan Negara Islam dan menegakkan hukum
hudud ala PAS.
No comments:
Post a Comment