Followers

L!VE TV WARTA RAKYAT

PESAN RASULLULLAH S.A.W

PESAN RASULLULLAH S.A.W

Jumlah Pengunjung

Monday, 8 October 2012

TERBARU!!! AHLI PKR MASUK UMNO !!!

Kegagalan fungsi PR dalam menjalankan amanah dan tanggungjawap mereka terhadap ahli parti semakin ketara. Dengan pucuk pimpinan sibuk berebutan jawatan jawatan penting sesama mereka, set up Kabinet Bayangan mereka, Bajet Bayangan mereka untuk terus mengejar Bayang Bayang Putrajaya mereka, maka nasib ahli semakin terabai. 
Ini juga satu tamparan hebat kepada Ketua Cabang Tg Malim, Major Kamal Badri yang turut sibuk menonjolkan diri agar terpilih sebagai calon PKR di Dun Behrang nanti.
Apa yang berlaku pada PR ni aku memang tak mahu respon sangat pasal bagi aku PR memang tidak relevan langsung dalam tampuk pemerintahan negara. Bermodalkan Anwar Ibrahim, mereka mencanang canangkan usaha menerajui negara. Sedangkan Malaysia bukan boleh ditadbir dengan seorang Perdana Menteri sahaja. Ia perlu disokong oleh segenap lapisan sebagaimana yang diterima DS Najib sekarang.

Kerana itu aku yakin sekiranya kerusi DUN Behrang itu diserahkan kepada UMNO sebagaimana perjanjian asal dahulu, ia akan menjamin satu kerusi selamat buat kerajaan BN. Tapi MIC kena lah berkorban sikit atas dasar kesepakatan dan kemuafakatan. Ini bukan masanya untuk kita mementingkan kuota kerusi tapi masa untuk memastikan jangka hayat BN terus ampuh dan hidup dalam arena politik tanahair. So, DS Najib dan DS Zambry harus tengok betul betullah perkara ini.
Dengan kemasukan lebih 60 ahli PKR dari cawangan cawangan yang berkenaan, diberitakan cawangan cawangan tersebut telah pun berkubur dan Anwar telah arahankan Major kesayangannya itu untuk beli batu nesan hahahaha..
Petang tadi ( 7 Okt 2012 ), seramai 63 ahli PKR dari Kampung Pasir, Kampung Sungai Muda dan Kampung Ulu Slim dalam Bahagian Tanjong Malim menyerahkan borang untuk menyertai UMNO. Mereka di ketuai  Puan Jamilah Hayat, 40.
Dikhabarkan lebih ramai akan mengikut jejak langkah rakan-rakan mereka itu.  Malahan ketika majlis berjalan, seramai 5 orang lagi bekas ahli PKR menyerahkan salinan kad pengenalan mereka untuk menganggotai UMNO, menjadikan jumlahnya kepada 68 orang.

Ketiga-tiga kampung itu terletak dalam DUN Behrang yang dimenangi PKR dalam PRU12 lalu. BN tewas 40 undi di Peti Undi Ulu Slim kesan daripada peralihan sokongan pengundi dari kampung-kampung berkenaan.

Dalam PRU11 2004, BN menang di peti undi berkenaan dengan memperolehi 457 undi berbanding 150 undi yang diterima PKR. Namun dalam PRU12 2008, keputusannya terbalik di mana BN hanya memperolehi 294 undi, berbanding PKR 334 undi

Penyertaan mereka ke dalam UMNO meningkatkan lagi keyakinan BN untuk memenangi kerusi DUN Behrang dalam PRU13 nanti. InsyaAllah.
sumber : Wangsa Setia

No comments:

Post a Comment

Lu orang minat cerita ni jugak tak ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...