Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri
Dr. Wan Azizah Wan Ismail perlu segera campur tangan serta bertegas di
dalam konflik yang berlaku di Selangor kerana beliau merupakan ketua PKR
iaitu parti yang telah diberi mandat memerintah negeri berkenaan.
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman berkata, jika Wan Azizah enggan mengambil tanggungjawab tersebut, adalah lebih baik beliau meletakkan jawatan.
Malah, kata Muhamad Rahimi, sekiranya isteri kepada Ketua Pembangkang
itu berpendapat kepimpinan parti tidak lagi dapat dikawal ekoran isu
yang melanda Selangor pada masa ini, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh
itu wajar mengambil tindakan membubarkan PKR.
''Berhentilah jadi seorang presiden parti hanya semata-mata Wan
Azizah isteri Anwar. Wan Azizah sepatutnya menjadi presiden parti yang
mampu memainkan peranan yang lebih penting termasuk boleh mengawal
setiap masalah.
No comments:
Post a Comment