Jumlah Pengunjung
Thursday, 4 October 2012
KABINET TAIK KUCING PEMBANGKANG !!!
KABINET bayangan pakatan pembangkang, jika menang Pillihan Raya Umum Ke-13, seperti mana disiarkan oleh sebuah blog antara lain menamakan tiga beranak - Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta anak mereka, Nurul Izzah.
Anwar menjadi Perdana Menteri, Wan Azizah selaku Presiden PKR, Menteri di Jabatan Perdana Menteri manakala Nurul Izzah, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Gabungan tiga beranak itu pasti menjadi rekod.
Namun belum pun menang pilihan raya, kecenderungan melantik anggota keluarga sendiri cukup nyata. Tiga pemimpin kanan pakatan pembangkang iaitu Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu pula diketepikan.
Jika benar senarai itu dikeluarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Batu Tiga, Shuhaimi Shafiei seperti didakwa oleh blog terbabit, ia suatu gambaran malang kepada pakatan pembangkang sendiri,
Bagi aku, siapa juga yang dinamakan dalam senarai Kabinet bayangan itu, ia tidak boleh menjanjikan perpaduan sesama mereka. Ini kerana dasar parti-parti terbabit jauh berbeza serta saling bercanggah. Sekadar contoh, semua tahu pendirian Pas dan DAP mengenai isu-isu tertentu yang melibatkan dasar perjuangan masing-masing.
Oleh itu, aku percaya banyak pihak yang melihat kombinasi Kabinet bayangan ini, tidak yakin dengan kombinasi tersebut, seperti mana aku tidak yakin dengan perjuangan pakatan pembangkang.
Maka Kabinet bayangan itu, jika benar ia ciptaan pakatan pembangkang atau elemen dalam pakatan itu, tidak lebih daripada cerminan angan-angan dan kerakusan pembangkang untuk berkuasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment