5 Okt. - Pergeseran antara Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
dengan Azmin Ali semakin panas apabila beliau membalas sindiran Naib
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan mengatakan anak emas
Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebut terlalu bercita-cita.
Malah beliau yang dikenali sebagai orang kanan Presiden Pas, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang secara berkias dan sinis memberitahu, sebagai
orang tua, beliau faham perasaan dan cita-cita politik seorang pemimpin
muda seperti Ahli Parlimen Gombak itu.
�Saya tidak perlu komen apa-apa tetapi sebagai orang tua, saya faham
perasaan dan cita-cita seorang pemimpin muda. Biarkanlah dia," katanya
penuh tersirat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai menjawab
sindiran Azmin kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Azmin menerusi laman twitter Ahad lalu ketika ditanya mengenai amaran
Mustafa agar beliau tidak memberi sebarang kenyataan yang boleh
dianggap sebagai pendirian bersama pakatan pembangkang berkata: �Faktor
usia menyebabkan beliau keliru dan cepat melatah."
Mustafa mengeluarkan amaran tersebut selepas Azmin dilaporkan
berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim �sesuai�
memegang jawatan Menteri Persekutuan jika pakatan pembangkang berjaya
mengambil alih Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.
Menurut Setiausaha Agung Pas itu, kenyataan Azmin mengenai Abdul
Khalid tidak pernah dibincangkan oleh pakatan pembangkang dan jika Naib
Presiden PKR tersebut berterusan mengeluarkan kenyataan sedemikian, ia
bakal memberi implikasi kepada mereka.
No comments:
Post a Comment