UMNO Bahagian Tanah Merah akan mula mengedarkan 5,000 tiket percuma
kepada anak-anak Parlimen Tanah Merah di perantauan untuk menyaksikan
perlawanan akhir Piala Malaysia antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
dan Kelantan mulai esok (Rabu).
Ketuanya, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, mereka boleh
mendapatkan tiket tersebut di syarikat Perodua Noble Twin (M) Sdn. Bhd.,
Lot 1039, Jalan Enggang, Taman Keramat berhampiran stesen Transit
Aliran Ringan (LRT) Jalan Jelatek, Kuala Lumpur mulai pukul 9 pagi
hingga 9 malam.
''Kita akan mengedarkan tiket berkenaan selama dua hari dengan konsep
siapa cepat, dia dapat,'' katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata, pemberian tiket bagi menyaksikan perlawanan yang
bakal berlangsung pada Sabtu ini adalah sebagai penghargaan dan
pengiktirafan kepada anak- anak Tanah Merah yang bertungkus-lumus
mencari rezeki di perantauan.
"Setiap anak Tanah Merah di perantauan layak mendapat satu tiket
secara percuma tetapi mereka mestilah telah mendaftar sebagai pemilih
dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mengundi di kawasan Parlimen
Tanah Merah," katanya.
Ikmal Hisham berkata, pemberian tiket itu adalah tradisi yang
diamalkan oleh UMNO Bahagian Tanah Merah dalam memberikan sokongan
kepada pasukan Red Warriors.
Beliau berkata, sebarang pertanyaan berhubung pemberian tiket percuma boleh menghubungi Zulkifli di talian 019-2599909.
PAS telah edarkan doa dan tiket masuk syurga..bola bola ni cuma dunia hahaha..
ReplyDelete