Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din baru-baru ini mengeluarkan ‘pesanan’ kepada
masyarakat agar jangan kaitkan PAS dengan tindakan Anwar Ibrahim yang
melancarkan buku tulisan bekas Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar
yang berfahaman liberal dan juga semua tindakan dan kenyataan Anwar
yang bersifat liberal.
Perlu diingatkan bahawa
Anwar sebelum ini juga membela buku Salman Rushdie, The Satanic Verses
yang menghina Islam dan Rasulullah SAW sebagai karya agung.
Dan Anwar juga berpandangan bahawa tindakan umat Islam membantah filem Innocence of Muslim sebagai berlebih-lebihan.
Bagi aku lah, jika dibaca
beberapa sedutan dari buku Mobashar, mungkin tidak salah jika dikatakan
bahawa jika fahaman liberal boleh diukur, maka tahap liberalis Anwar
adalah jauh lebih tinggi dari Mobashar yang masih berpegang kepada Islam
sebagai agama yang lebih tinggi tetapi di masa yang sama berpegang kuat
kepada jatidiri bangsanya, India.
Namun, kita bukan ingin
membahaskan identiti atau fahaman yang dipegang oleh Mobashar kerana
Mobashar tidak ada kena mengena dengan politik dan rakyat Malaysia.
Malah, dari kenyataan
Harun Din yang menolak sebarang kaitan PAS dengan tindakan Anwar, secara
automatik bermaksud identiti dan fahaman Anwar juga tidak wajar lagi
dijadikan subjek perbahasan kerana kenyataan itu sendiri pada dasarnya
telah mengesahkan siapa dan apakah Anwar iaitu berfahaman pluralis dan
berpendirian liberalis.
Justeru, apa yang tinggal
dan yang paling penting untuk dibahaskan di sini ialah pendirian Harun
Din atau PAS dalam menangani subjek ‘Anwar’ ini.
Kata Harun Din,
“Tidak mengapa, itu
pandangan politik dia (Anwar) dan dia rasakan itu boleh mendapatkan
keuntungan (maka) dia buatlah. Kita pun tidak campur hal PKR. PAS dengan
PAS, PKR dengan PKR dan DAP dengan DAP,”
dan,
“Itu politik Anwar
Ibrahim dan dia tidak asaskan politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar)
tak macam kita. Kami dalam PAS, semuanya kita rujuk kepada Islam.”
Mungkin Harun Din perlu
diingatkan bahawa Anwar Ibrahim itulah yang akan PAS angkat menjadi
Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya kali ini
atau jika berjaya mengambil alih kerajaan melalui jalan belakang.
Mungkin Harun Din juga
perlu diingatkan bahawa jika PR memerintah, PAS perlu mengambil kira
pendapat dan pendirian Anwar yang liberal dan juga DAP yang memusuhi
Islam, dalam mentadbir negara ini.
Lebih dahsyat, PAS bukan
saja perlu mengambil kira, tetapi menurut apa saja keputusan Anwar yang
berlandaskan fahaman liberal itu memandangkan beliau adalah Perdana
Menteri.
Dan PAS juga tidak akan
berjaya seratus peratus menentang pendapat dan keputusan DAP yang
memusuhi Islam berdasarkan apa yang dapat dilihat hari ini di mana PAS
sering mengalah kepada DAP.
Di tambah dengan
kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri yang lebih cenderung terbuka
kepada pendapat DAP dari PAS maka apakah jaminan Harun Din yang negara
ini tidak akan di bawa arus liberal dan plural di bawah pemerintahan PR
???
Hakikatnya, bagi Haron
Din untuk menidakkan kaitan PAS dengan Anwar atau DAP adalah sama dengan
menyatakan bahawa beliau tiada kaitan dengan isterinya sendiri.
Sepertimana dalam satu
perkahwinan di mana suami isteri tinggal serumah, tidur sebilik,
menjalani kehidupan, mendidik dan membesarkan anak bersama, tidak
mungkin dapat menafikan kaitan antara satu sama lain, tak kiralah walau
kedua-duanya tidak sependapat dalam banyak perkara.
Setiap keputusan dalam
rumahtangga juga selalunya terpulang kepada pihak yang lebih dominan,
tak kira suami atau pun isteri sementara pihak yang pasif akan terpaksa
menurut.
Begitulah juga kerjasama
PAS-DAP-Anwar di mana yang dominan akan membuat keputusan akhir dan yang
pasif akan sentiasa menurut saja.
Nampaknya, Haron Din masih berada dalam keadaan ‘penafian’ (denial) mengenai hubungan PAS dengan Anwar dan juga DAP.
Sama ada kerana terlalu
sayangkan jawatan di dalam PAS, terlalu sayangkan parti atau terlalu ego
untuk mengaku kesilapan PAS atau diri sendiri kerana bekerjasama dengan
Anwar/DAP, maka Haron Din telah memilih untuk terus menerus membohongi
dirinya bahawa hubungan itu adalah benar.
Dengan ini beliau
berharap akan terlepas dari dosa bersubahat memenangkan kafir harbi dan
menjulang seorang liberal, plural, perasuah, peliwat dan penzina sebagai
Perdana Menteri.
Ketahuilah bahawa Harun
Din boleh membohongi diri sendiri atau beberapa kerat penyokong totok
PAS yang benak tetapi Harun Din tidak boleh membohongi Allah SWT bahawa
hubungan PAS dan Anwar itu adalah umpama pak turut dengan Ketua.
Jika PR menang PRU dan
Anwar ingin memperkenalkan dasar-dasar liberal maka PAS mungkin boleh
membantah secara lisan dan boleh berdebat mengenainya di parlimen.
Tetapi setakat itu sahajalah yang dapat PAS lakukan.
Tidak mustahil PAS tidak
akan mampu mengkritik apatah lagi mengecam dasar-dasar liberal yang
bakal diperkenalkan Anwar, tanpa ditempelak atau disenyapkan terus.
Ketika itu, terpulanglah
kepada Harun Din jika masih ingin membohongi diri bahawa beliau tidak
terlibat dengan keputusan Anwar kerana apa jua alasan yang diberi, sudah
tidak bererti lagi.
Apabila Anwar menjadi
Perdana Menteri, air mata darah juga tidak mungkin mampu mengembalikan
Islam di tempatnya yang eksklusif dalam perlembagaan negara sepertimana
yang dilakukan oleh Barisan Nasional.
Pada ketika itu juga, jangan sekali-kali kita lupa untuk mengucapkan tahniah kepada Haron Din.
No comments:
Post a Comment