Jumlah Pengunjung

Friday, 19 October 2012

TERIMA KASIH DARI RAKYAT MALAYSIA UNTUK NAJ1B !!!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan gagasan Negeri Aman Jaya 1Malaysia Bersatu (NAJ1B) sebagai kesinambungan kepada gagasan Perak Aman Jaya yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) Perak. Majlis pelancaran tersebut diadakan sempena program Jamuan Janji Ditepati di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM) di sini, yang dihadiri lebih 10,000 rakyat berbilang kaum.
Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Parlimen Lumut, Datuk Seri Kong Cho Ha; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri G. Palanivel dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Seri M. Kayveas.
Gagasan NAJ1B yang diilhamkan Zambry mendukung slogan 'Tiada Tertinggal Tiada Terpinggir' dalam memastikan semua rakyat mendapat nikmat daripada limpahan kemakmuran hasil program dan dasar kerajaan BN.
Menurut Zambry, pendekatan itu memberikan penekanan dalam aspek pembangunan ekonomi, politik, sosial, kesihatan dan pendidikan.
"NAJ1B juga merupakan terjemahan daripada pendekatan 3P iaitu Padang, Perasaan dan Penyelesaian yang dilaksanakan kerajaan negeri.
"Negeri yang aman dan berjaya akan menyumbang kepada negara Malaysia yang bersatu," katanya ketika berucap dalam majlis itu.
Terdahulu, Najib memulakan lawatannya ke selatan Perak hari ini dengan menghadiri program 'Sepagi Bersama Perdana Menteri' di Arena Square Teluk Intan dekat sini, yang dihadiri lebih 10,000 orang.
Najib kemudiannya menaiki helikopter ke bandar ini untuk menghadiri program Mesra Warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Bersama Perdana Menteri di Pangkalan TLDM Lumut.

No comments:

Post a Comment

Member BSK