Jumlah Pengunjung

Sunday, 28 October 2012

PAS TANAM KEBENCIAN PECAH BELAHKAN UMAT ISLAM MALAYSIA !!!

Khutbah 'kebencian' yang dikeluarkan oleh Dewan Ulama Pas Kelantan (DUPK) akan menyebabkan jurang perpecahan dalam kalangan umat Islam dan Melayu di negara ini semakin melebar. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, menanam kebencian kepada pemimpin adalah salah satu budaya yang dilakukan oleh parti tersebut semata-mata untuk mencapai matlamat politiknya, biarpun perkara itu akan memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.
Beliau berkata, khutbah pada Hari Raya Aidiladha memainkan peranan besar untuk menyatupadukan umat Islam, khususnya di Kelantan.

"Aidiladha adalah hari yang penting untuk kita bersyukur dengan nikmat Allah dan pengorbanan Nabi Ibrahim. Itu yang harus ditekankan, tidak perlu perkara lain diselit dalam khutbah terutama menjurus kepada kebencian dan ini amat malang bagi kita umat Islam.




No comments:

Post a comment

Member BSK