Jumlah Pengunjung

Tuesday, 30 October 2012

GIAT MARA LAHIRKAN 35,000 PELATIH... SATU LAGI PRODUK BARISAN NASIONAL....

Sebanyak 35,000 pelatih yang dilengkapi pelbagai kemahiran berjaya dilahirkan di 231 Pusat GiatMara di seluruh negara setiap tahun.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, jumlah pengeluaran modal insan berkemahiran itu diyakini dapat ditingkatkan selepas GiatMara Stampin yang bernilai RM7 juta dirasmikan.

"Anak-anak muda ini bukan hanya mempunyai kemahiran bahkan turut dibantu dan dibimbing menjadi usahawan yang berjaya dan mampu berdikari dengan sokongan pelbagai agensi kerajaan.
"Sebagai contoh, bagi pelatih dalam bidang pembaikan motosikal, mereka berpeluang mendapatkan bantuan melengkapkan bengkel mereka dengan peralatan yang diperlukan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pusat GiatMara Stampin, Kuching Sarawak baru-baru ini.
Yang hadir sama, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Datuk Len Talif Salleh; Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar, Julaihi Narawi; Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Ekonomi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Yussof Dohab; Pengerusi GiatMara, Datuk Shahiruddin Abd. Moin dan Ketua Eksekutifnya, Meriyam Abd. Majid.
Sementara itu, Mohd. Shafie dalam buku cenderamata pelancaran Giat Mara Stampin berkata, menjadi harapannya melihat GiatMara terus memainkan peranan penting melahirkan modal insan berkualiti.
Katanya, perkara itu sekali gus bagi menjayakan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebuah sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Jelas beliau, impak globalisasi itu telah memberi kesan langsung kepada corak dan sistem pendidikan secara keseluruhannya.
"Pendidikan teknikal dan vokasional telah diberi nafas baharu dan menjadi sebahagian daripada komponen penting dalam Pelan Transformasi Pendidikan Negara.
"Perkara itu turut menitikberatkan kelahiran modal insan yang kritis, kreatif dan inovatif tanpa mengabaikan nilai-nilai murni," katanya.





No comments:

Post a comment

Member BSK