Jumlah Pengunjung

Friday 21 December 2012

APA PERBEZAAN NOORKUMALASARI & ABBY ABADI !!!





Artis terkenal era 70-80an, Noorkumalasari dilihat tidak mahu berlakon lagi.
Beliau kini fokus pada kehidupan keluarga dan sibuk dengan memperbanyakkan ibadah.

Alhamdulillah, didalam dunia hiburan kita lihat sejak kebelakangan ini semakin ramai yang mula mendekatkan diri kepada jalan yang benar.


 Bukanlah semua penggiat seni itu teruk dan jahil bab beragama, cuma akibat daripada kehidupan sosial yang ala-ala barat itu mungkin dilihat sebagai jelek dimata sesetengah pihak.

Ramai juga anak seni yang dalam sibuk bekerja dalam dunia hiburan, tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam.

Cuma apa yang menyedihkan ialah, terdapat sesetengah pihak yang kelabu mata dalam mencari jalan yang benar.

Sehingga sanggup mengkafirkan orang lain serta mengajak kepada perpecahan sesama Islam.

Abby Abadi,
Mungkin ramai yang sudah muak dengan nama itu.
Manakan tidak, kata-kata kasarnya yang dianggap sebagai jihad oleh sesetengan kumpulan itu dilihat keterlaluan.

Akibat terlalu taksub kepada satu-satu kumpulan, sehingga menafikan hal-hal lain.
Ramai artis mengaku jahil dalam bab agama dan apa yang perlu mereka lakukan adalah merujuk kepada orang yang betul dan berkelayakan.

Jangan jadi seperti Bob Lokman yang hari ini isi borang PAS, esok sudah diiktiraf sebagai Ustaz, penceramah.

Tindakan sedemikian merupakan satu tindakan desparado parti bagi meraih sokongan golongan artis.

PAS sedar ramai jahil dalam soal agama dalam negara.
Oleh yang demikianlah PAS gunakan umpan "JANJI SYURGA" kepada sesiapa yang mengundi parti itu.

Sebaran ajaran sesat ini perlu dikekang agar masyarakat Islam tidak tergelincir akidahnya.

Usah anggap PAS itu parti Islam. Kerana jelas hari ini PAS tidak mampu untuk memperjuangkan malah tidak berdaya untuk mempertahankan agama Islam dalam negara!

Pokok pangkal, pegangan Al-Quran adalah tiang utama dijadikan rujukan umat Islam.


No comments:

Post a Comment

Member BSK